Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi

Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi
link : Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi

Baca juga


Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic


SHAH ALAM: Jika Amanah dan DAP bergabung sekalipun ia tidak akan menyelesaikan isu agihan kerusi dalam kalangan pembangkang, tegas Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan.

Beliau berkata demikian merujuk cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk DAP dan Amanah bergabung sekaligus meminimakan konflik politik pembangkang.

"Datuk Iskandar Abdul Samad menyatakan Amanah kena bergabung dengan DAP supaya membolehkan Amanah diberikan kerusi yang ditandingi oleh DAP.

"Cuma dalam konteks hari ini kita ada satu lagi parti, PPBM nak letak dimana? Sebab itu saya kira, persoalan berkaitan kerusi kita kena kembali kepada perkara pokok iaitu bersatu dahulu, tunjuk hasrat minat untuk untuk bersama-sama tumbangkan Umno-BN," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Pembangkang sehingga kini gagal memuktamadkan isu agihan kerusi sesama mereka terutama membabitkan Amanah.

Amanah berikrar mahu meletakkan calon di semua kerusi PAS, sementara parti yang dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertegas mahu pertahankan hak tradisi mereka sejak dua pilihan raya umum sebelum ini.

"Dalam politik negara ini, tidak ada parti yang boleh kata itu kerusi mereka, itu kerusi tradisi mereka... Sebab mana-mana parti pun sebenarnya, selagi parti atau orang perseorangan bebas untuk bertanding di mana-mana kerusi.

"Jika kita tidak bersama, bagaimana kita hendak bincang soal kerusi? Kenyataan Hadi jika mana-mana hendak bersama PAS kena cara PAS. Pada saya ini tak boleh, walaupun Amanah dan PPBM masih baru tapi jika kita lihat pendokong yang mengerakkan parti adalah mereka yang sudah lama dalam sepak terajang politik negara," jelas Saby lagi.

Sany dalam pada itu turut mengulas tuduhan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bahawa blok ketiga sebagai proksi Barisan Nasional (BN).

PAS menubuhkan blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (GAGASAN) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), manalaka parti serpihannya Amanah kini menyertai PKR dan DAP bagi membentuk Pakatan Harapan (PH).

GAGASAN dibentuk ekoran keengganan PAS enggan menyertai PH yang dianggotai dua seterunya, DAP dan Amanah.

Ujar Sany, sekiranya PAS benar-benar bukan proksi kepada BN, parti itu perlu meletakkan soal kerjasama dengan semua parti pembangkang sebagai keutamaan.

"Sebagaimana disebut Dr Mahathir, yang mana membentuk blok ketiga merupakan pengkhianat dan kita tidak tahu kewujudannya untuk memenangkan Umno dan menumbangkan PH atau sebaliknya," ujarnya






Demikianlah Artikel Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi

Sekianlah artikel Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah-DAP bergabung tak selesaikan isu agih kerusi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/amanah-dap-bergabung-tak-selesaikan-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :