Judul : BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA?
link : BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA?
BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA?
shahbudindotcom
Tanpa angin, tanpa ribut dan tidak dapat dipastikan juga sebab-sebab sebenarnya, tiba-tiba saja Pengerusi Mara, Annuar Musa digantung daripada jawatannya.
Annuar yang kini sedang berada di New Zealand digantung daripada jawatannya dalam satu mesyuarat khas Ahli Majlis Mara yang diadakan tanpa kehadirannya.
Persoalannya, siapakah yang memberi mandat kepada Ahli Majlis Mara untuk mengadakan mesyuarat khas dan kemudian menggantung Annuar itu?
Mengikut peraturan dan hukum akal, tidak mungkin Ahli Majlis Mara berani bertindak sedemikian rupa tanpa kebenaran dan restu daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob.
Malah, tanpa restu menteri, mesyuarat Ahli Majlis Mara juga adalah tidak sah dan terdedah kepada tindakan lain, termasuk pemecatan.
Maka, logik paling munasabah ialah semua tindakan terhadap Annuar ini dilakukan setelah mendapat restu Ismail Sabri sendiri.
Tetapi, jika ada restu Ismail Sabri mengenainya, apakah kesalahan Annuar sehingga diputuskan digantung itu?
Apakah ia berkaitan dengan penajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL, dua anak syarikat Mara kepada pasukan bolasepak Kelantan yang menjadi bualan ramai baru-baru ini atau berkaitan kesalahan-kesalahan lain yang lebih serius?
Maka, apa tindakan selanjutnya selepas penggantungan itu?
Adakah Annuar akan disiasat oleh SPRM atau pegawai-pegawai SPRM akan menunggu kepulangannya di KLIA nanti?
Annuar, bagaimanapun tidak berselindung mengatakan mesyuarat khas yang menggantungnya hari ini telah mendapat restu daripada menteri iaitu Ismail Sabri.
Beliau mendedahkan perkara itu dalam tulisan di laman Facebooknya.
Bermakna, mesyuarat khas itu adalah dalam pengetahuan dan diadakan dengan restu Ismail Sabri. Jika tidak sahih, tidak mungkin juga Annuar berani membuat pendedahan mengenainya.
Bagaimanapun dalam hal ini, terlihat sedikit pelik apabila Ismail Sabri mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai penggantungan Annuar itu serta juga tidak tahu sama ada penggantungan itu hanya berupa cadangan atau sesuatu yang sudah diputuskan.
Kata Ismail Sabri, beliau akan mendapatkan laporan penuh daripada Mara mengenai keputusan itu.
Kenapa Ismail Sabri tidak berterus-terang saja dalam hal ini?
Apa pula reaksi Najib Razak selepas ini?
Tidak terasa hatikah Najib apabila Annuar Musa yang dilantiknya sebagai Ketua Penerangan UMNO untuk membantunya mengukuhkan kedudukan parti, tiba-tiba digantung jawatan oleh ahli kabinetnya sendiri yang hanya berstatus Ahli Majlis Tertinggi UMNO?
Demikianlah Artikel BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA?
Sekianlah artikel BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/bagaimana-ismail-sabri-tidak-tahu.html