Bukti pendedahan saya berasas, bukan fitnah - Rafizi

Bukti pendedahan saya berasas, bukan fitnah - Rafizi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukti pendedahan saya berasas, bukan fitnah - Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukti pendedahan saya berasas, bukan fitnah - Rafizi
link : Bukti pendedahan saya berasas, bukan fitnah - Rafizi

Baca juga


Bukti pendedahan saya berasas, bukan fitnah - Rafizi

MALAYSIAKINI


Naib Presiden PKR berkata pendakwaan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering Bhd (THHE), Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti atas tuduhan pecah amanah membuktikan pendedahannya selama ini berasas.

Rafizi Ramli berkata, ia membuktikan penyelewengan itu bukan sahaja berlaku di THHE, malah melibatkan pelaburan besar Tabung Haji yang membawa kerugian.

"Maka pendakwaan ke atas Datuk Nor Badli hari ini membuktikan bahawa pendedahan saya mengenai penyelewengan dan salah tadbir pelaburan Tabung Haji ada asasnya dan bukannya fitnah seperti yang menteri-menteri Umno mahu rakyat percaya.

"Sejak setahun lalu saya juga telah buktikan bahawa penyelewengan dan ketirisan bukan sahaja berlaku di THHE, tetapi melibatkan banyak pelaburan besar Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat tertentu (yang diceburi oleh Tabung Haji sebagai pelaburan strategik, bukannya pelaburan biasa) yang lebih banyak rugi dari untung," kata Rafizi pada kenyataan media.

Katanya, dengan pendakwaan itu beliau berharap menteri-menteri bertanggungjawab seperti Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhenti mengatakan Tabung Haji menjadi mangsa fitnah beliau.

Selain itu Rafizi turut menggesa Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim menjawab persoalan mengenai siapa bertanggungjawab mencadangkan pelaburan dalam syarikat-syarikat berkenaan sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta ringit.

"Sudahkah individu-individu ini dikenalpasti dan disiasat di peringkat pengurusan kanan Tabung Haji?

Sudahkah tindakan diambil terhadap mereka di peringkat dalaman Tabung Haji? Sudahkah laporan kepada pihak berkuasa dibuat terhadap mereka?," soalnya.

Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, hari ini mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM2.5 juta, empat tahun lalu.

Tertuduh sebagai CEO THHE ketika itu didakwa melakukan pecah amanah terhadap lima keping cek Maybank berjumlah RM2,575,800.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat THHE Fabricators Sdn Bhd, Tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, Kuala Lumpur antara April dan Oktober 2013.




Demikianlah Artikel Bukti pendedahan saya berasas, bukan fitnah - Rafizi

Sekianlah artikel Bukti pendedahan saya berasas, bukan fitnah - Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukti pendedahan saya berasas, bukan fitnah - Rafizi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/bukti-pendedahan-saya-berasas-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :