China hanya mahu melabur, kata Zahid

China hanya mahu melabur, kata Zahid - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul China hanya mahu melabur, kata Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : China hanya mahu melabur, kata Zahid
link : China hanya mahu melabur, kata Zahid

Baca juga


China hanya mahu melabur, kata Zahid

MALAYSIAKINI



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan tuduhan bahawa China akan menjajah negara ini menerusi pelaburan oleh beberapa firma dari negara itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Ahmad Zahid berkata, syarikat dari negara tersebut hanya mahu menjalankan perniagaan dengan Malaysia menerusi pelaburan langsung asing (FDI).

“Ada tuduhan seolah-olah negara China akan menjajah negara kita, membeli maruah orang Malaysia namun tiada ruang untuk itu kerana FDI mereka di Malaysia hanya 3.3 peratus,” katanya, memetik laporan Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina di Pusat Komersial Simpang Empat, Hutan Melintang di Bagan Datuk, malam tadi.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memomokkan rakyat di negara ini bahawa terdapat 700,000 warga China mahu mengundi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas menteri itu berkata, Dr Mahathir menukar cerita isu berkenaan beberapa kali.

"Bagaimana Dr Mahathir berkata projek Forest City itu akan membawa lebih 700,000 warga China?

Kemudian (beliau) berkata mereka yang dibawa ke Malaysia itu untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang. Kemudian dia cerita lain.

"Tetapi pada asasnya, dia hanya dimomokkan bahawa 700,000 warga China akan digunakan kerajaan BN yang jahat ini untuk mengundi dalam PRU14,” katanya secara menyindir di Menara Felda Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, syarikat-syarikat dari China juga telah bersetuju untuk melabur di Bagan Datuk yang baru sahaja diisytiharkan sebagai daerah baharu di Perak.

Jelasnya, komitmen China itu disuarakan semasa kunjungannya ke negara tersebut pada tiga minggu lalu selain perbincangan mengenai soal keselamatan dengan pihak berkuasa di sana.

“Dalam pertemuan itu, syarikat pelaburan dari China telah setuju dan berjanji untuk meletakkan pelaburan yang besar di Bagan Datuk tetapi tidak perlu saya umumkan secara terperinci di sini.

“Untuk itu, saya mahu masyarakat di sini memberikan kerjasama supaya dalam tempoh tiga tahun dari sekarang, Bagan Datuk akan membangun dan dalam tempoh 10 tahun lagi daerah ini sama taraf dengan daerah-daerah yang termaju di negeri ini,” katanya.




Demikianlah Artikel China hanya mahu melabur, kata Zahid

Sekianlah artikel China hanya mahu melabur, kata Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel China hanya mahu melabur, kata Zahid dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/china-hanya-mahu-melabur-kata-zahid.html

Subscribe to receive free email updates: