Judul : 'Cinta tak berbalas', mungkin faktor Kit Siang saman PAS - Tuan Ibrahim
link : 'Cinta tak berbalas', mungkin faktor Kit Siang saman PAS - Tuan Ibrahim
'Cinta tak berbalas', mungkin faktor Kit Siang saman PAS - Tuan Ibrahim
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Terdapat kemungkinan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu menyaman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, disebabkan parti itu tidak 'membalas cinta mereka', demikian menurut Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sambil menyifatkan, Kit Siang berada dalam keadaan celaru dan beliau percaya kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu akan berubah-ubah dan nampak ketidaktentuan menjelang PRU akan datang.
“Saya tengok beliau (Lim Kit Siang) dalam keadaan yang bercelaru.
“Sebelum ini hulurkan tangan mengajak PAS bekerjasama, mungkin lepas kita tolak ajakan itu ia jadi seperti ‘cinta tidak berbalas’,” katanya dipetik Sinar Online.
Kit Siang bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi kerana didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan pula menyifatkan tindakan itu sebagai strategi tumpul dan tidak akan menjadi.
Malah ujar beliau lagi, tindakan DAP itu kerana melihat saf kepimpinan dan ahli parti Islam itu kini kian utuh dalam menggalas cita-cita perjuangan Islam bersama presidennya.
“Ketidaksabaran pemimpin DAP menyembunyikan hasrat sebenar mereka akhirnya begitu pantas menyerlahkan amarah dan kebencian mereka yang tidak pernah padam terhadap PAS dan pemimpinnya.
“Keutuhan saf perjuangan PAS diikat dengan prinsip Islam yang diperjuangkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh, yang melabelkan DAP sebagai sebuah parti yang lupa kawan apabila memiliki sokongan kuat pelbagai pihak.
“Kita (Pas) hendakkan sebuah parti yang dapat kerjasama dan hormati satu sama lain.
Demikianlah Artikel 'Cinta tak berbalas', mungkin faktor Kit Siang saman PAS - Tuan Ibrahim
Sekianlah artikel 'Cinta tak berbalas', mungkin faktor Kit Siang saman PAS - Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Cinta tak berbalas', mungkin faktor Kit Siang saman PAS - Tuan Ibrahim dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/cinta-tak-berbalas-mungkin-faktor-kit.html