Dakwaan Anti-Islam : Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi

Dakwaan Anti-Islam : Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Anti-Islam : Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Anti-Islam : Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi
link : Dakwaan Anti-Islam : Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi

Baca juga


Dakwaan Anti-Islam : Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi







Tidak sampai seminggu menghulurkan salam perdamaian kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini berkata beliau mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS itu kerana menuduhnya sebagai anti-Islam.


Kit Siang berkata, walaupun ia adalah hak Abdul Hadi untuk menolak usaha DAP untuk berbaik-baik tetapi Presiden PAS itu sepatutnya lebih berdisiplin dan mengelak daripada membuat tuduhan beliau dan partinya anti-Islam.

“Peguam saya sudah diberi arahan supaya mempertimbangkan sama ada sindiran Hadi itu adalah fitnah dan boleh dijadikan alasan mengambil tindakan undang-undang.

“Jawapan Hadi itu adalah angkuh dan sombong dan silap faham serta salah maklumat.

“Adalah menjadi hak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menolak sebarang kemungkinan bekerjasama dengan DAP tetapi beliau tiada hak untuk memutarbelitkan fakta demi mempertahankan pendiriannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Abdul Hadi mengulangi pendirian bahawa PAS tidak menerima pelawaan DAP untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana kedua-dua parti mempunyai perjuangan yang berbeza.

Abdul Hadi berkata pada prinsipnya, DAP masih tidak berubah, masih menentang Negara Islam yang diperjuangkan PAS dan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) atau Akta 355.

“Tidak ada bukti dia (DAP) terima secara positif (perjuangan PAS), dia masih menentang Negara Islam.
“Masa (pindaan) Rang Undang-undang 355 (diparlimen) pun dia (DAP) tidak bersetuju. Itu benda yang berkait dengan prinsip (PAS),” kata Abdul Hadi.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel Dakwaan Anti-Islam : Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi

Sekianlah artikel Dakwaan Anti-Islam : Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Anti-Islam : Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/dakwaan-anti-islam-kit-siang-mahu-saman.html

Subscribe to receive free email updates: