'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan'

'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan'
link : 'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan'

Baca juga


'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan'

MALAYSIAKINI


Tun Dr Mahathir Mohamad bukan orang yang cukup berwibawa untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dengan menggunakan alasan 1MDB, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr Seri Salleh Said Keruak

"Skandal BMF dan Forex membuatkan Mahathir sebagai orang terakhir yang paling layak dan cukup berwibawa untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi meletak jawatan dengan menggunakan alasan 1MDB," kata Salleh dalam blognya malam tadi.

Beliau merujuk kepada kemunculan semula isu skandal kewangan itu semasa zaman Mahathir sebagai perdana menteri.

Pada hari Selasa, laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menyarankan kerajaan Mahathir sedar urusan meragukan BMF pada 1980-an yang mengakibatkan kerugian AS$1 bilion.

Sementara itu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid semalam mendakwa bahawa bank pusat kerugian AS$10 bilion dalam pasaran pertukaran asing pada era Mahathir.

Murad berkata walaupun mengakibatkan kerugian besar, tetapi tidak ada siasatan berhubung perkara itu.

Mahathir dalam responsnya berhubung dakwaan berkaitan BMF itu dengan menuduh CIA berkonspirasi terhadapnya.

Beliau juga menulis di blognya untuk menunjukkan perbezaan antara skandal BMF dan 1MDB, seperti laporan CIA berkaitan skandal BMF tidak mengaitkan perdana menteri.

Salleh bagaimanapun berkata laporan CIA itu jelas menunjukkan bahawa Mahathir bertanggungjawab bagi kerugian BMF.

Beliau juga membandingkan antara isu skandal BMF dan 1MDB, dengan berkata 1MDB adalah mangsa sabotaj.

"Kebenarannya ialah 1MDB telah disabotaj untuk dijadikan satu masalah dan ia bermula dengan sabotaj terhadap IPO (tawaran permulaan awamnya)," katanya.



Demikianlah Artikel 'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan'

Sekianlah artikel 'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Dr M orang terakhir paling layak minta Najib letak jawatan' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/dr-m-orang-terakhir-paling-layak-minta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :