Gabungan lawan BN makin kukuh dengan rundingan

Gabungan lawan BN makin kukuh dengan rundingan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gabungan lawan BN makin kukuh dengan rundingan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gabungan lawan BN makin kukuh dengan rundingan
link : Gabungan lawan BN makin kukuh dengan rundingan

Baca juga


Gabungan lawan BN makin kukuh dengan rundingan

 ZIKRI ABDULLAH
 
 
Setiap kawasan menerima bendera Amanah sebagai simbloik kepada pelancaran jentera Amanah negeri Setiap kawasan menerima bendera Amanah sebagai simbloik kepada pelancaran jentera Amanah negeri

Gabungan parti-parti yang akan menentang BN pada pilihan umum ke-14 (PRU14) akan memperkemas mekanisme bagi memastikan semua keputusan mendapat persetujuan semua pihak, kata ketua pengarah pilihan raya Amanah Nasional, Dr Hatta Ramli.

"Kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang telah berlaku dalam pilihan raya lalu di mana ada pihak tertentu membuat keputusan sendiri di luar perundingan, " katanya ketika berucap di majlis pelancaran jentera pilihan raya Amanah Kelantan di Wisma Tok Guru malam tadi.

Pelik tapi benar katanya apabila ada yang meminta Tengku Razaleigh menjadi calon perdana menteri sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan melalui persetujuan bersama.

"Pada hari penamaan calon pula ada parti yang meletakkan calon di kawasan yang telah diputuskan untuk parti lain," katanya.

Justeru menurut beliau rahsia kejayaan gabungan parti-parti pembangkang menghadapi BN dalam PRU yang lalu benar-benar atas kehendak rakyat.

"Ertinya tiada satu parti pembangkang pun yang boleh mendakwa bahawa partinya sahaja yang kuat.

"Platform yang menjadi jambatan kepada kekuatan rakyat ini jelas terjadi melalui gabungan ngo seperti Bersih," katanya.

Mengambil pengajaran dari peristiwa lalu, gabungan yang bakal menghadapi BN perlu merangka mekanisme baharu yang lebih sistematik supaya hasrat rakyat benar-benar tercapai.

"Sebelum satu kata putus mengenai sesuatu perkara kita sebagai pengamal demokrasi membenarkan semua pihak untuk memberi pendapat masing-masing.

"Ada yang mahu cadang nama perdana menteri atau mengaku kawasan tertentu milik mereka, namun setelah keputusan diambil semua pihak perlu mendokong pendirian bersama," katanya.

Dr Hatta pada majlis itu menyerahkan bendera kepada ketua jentera pilihanraya di 14 kawasan seluruh Kelantan dan sayap-sayap wanita dan pemuda.

Turut berucap di majlis itu ialah pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah dan timbalannya Muhammad Hussin.



Demikianlah Artikel Gabungan lawan BN makin kukuh dengan rundingan

Sekianlah artikel Gabungan lawan BN makin kukuh dengan rundingan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gabungan lawan BN makin kukuh dengan rundingan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/gabungan-lawan-bn-makin-kukuh-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: