Judul : Gerakan biadap persoal status sekolah agama, kata PAS
link : Gerakan biadap persoal status sekolah agama, kata PAS
Gerakan biadap persoal status sekolah agama, kata PAS
Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: PAS hari ini membidas Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang menggesa kerajaan mengkaji semula dasar sekolah agama.
Naib presidennya, Idris Ahmad berkata gesaan sebegitu hanya akan mengancam perpaduan serta keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.
"Kita mengharapkan supaya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai timbalan Presiden Gerakan menarik balik kenyataan beliau yang mengatakan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.
"Satu kenyataan yang biadab dan tidak memahami sejarah pembinaan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dominic pada Khamis dilaporkan berkata sekolah agama adalah amcaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.
Katanya ia berasaskan kepada rangka tindakan pendidikan kerajaan sendiri yang menyatakan sekolah agama yang dibiayai kerajaan terdiri sepenuhnya daripada pelajar Bumiputera.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu kelmarin.
Dominic kemudiannya dikecam beberapa pihak termasuk Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.
Susulan itu beliau menarik balik kenyataannya berhubung sekolah agama dan berkata tiada niat untuk menyerang mereka, menerusi satu kenyataan mediannya semalam.
Mengulas perkara itu, Idris berkata Islam tidak pernah melarang aktiviti keagamaan lain-lain agama, dan perkara yang sama harus dibuat terhadap Islam.
"Islam tidak pernah anti bahasa dan bangsa kerana semuanya anugerah Allah kepada kita semua. Malahan Islam menggalakkan belajar bahasa lain.
Demikianlah Artikel Gerakan biadap persoal status sekolah agama, kata PAS
Sekianlah artikel Gerakan biadap persoal status sekolah agama, kata PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gerakan biadap persoal status sekolah agama, kata PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/gerakan-biadap-persoal-status-sekolah.html