Judul : HIPOKRASI NAJIB?
link : HIPOKRASI NAJIB?
HIPOKRASI NAJIB?
shahbudindotcom
Antara intipati atau mesej dalam perutusan Tahun Baru 2017 oleh Najib Razak ialah beirkrar akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan serta kebajikan rakyat.
Mesej beliau itu disebarkan melalui media pada petang semalam.
Tetapi, hanya beberapa jam kemudian iaitu pada sebelah malamnya sudah diumumkan kenaikan petrol dan diesel sebanyak 20 sen.
Kenaikan yang merupakan "hadiah Tahun Baru paling bernilai" itu lantas menyebabkan stesen-stesen minyak di seluruh negara sesak dengan pengguna kenderaan yang beratur panjang untuk mengisi petrol dan diesel sebelum harganya dinaikkan menjelang jam 12 malam.
Lalu, di mana janji menjaga kebajikan rakyat?
Kemudian terdedah pula percutian Najib bersama keluarganya di beberapa lokasi percutian di Australia.
Sejak menjadi Perdana Menteri, bercuti di hujung tahun dan seterusnya menyambut Tahun Baru di luar negara seperti sudah menjadi "amalan wajib" bagi Najib, tidak kira apa pun kemelut atau kekalutan yang sedang berlaku dalam negara.
Banjir, ribut taupan, hutang negara mencanak, saham Felda merudum, ringgit jatuh, rakyat dibebani kesusahan, harga minyak naik dan apa juga keperitan yang berlaku dalam negara..."coti tetapi coti" bagi Najib yang sentiasa basah dengan perkataan wassatiyah di bibirnya.
Cuba lihat di mana Presiden Indonesia, Joko Widodo berada di ketika Tahun Baru 2017 menjelma.
Tanpa kerap menyebut perkataan wassatiyah, Jokowi tidak hipokrasi antara kelakuan dan kata-katanya yang diucapkannya
Demikianlah Artikel HIPOKRASI NAJIB?
Sekianlah artikel HIPOKRASI NAJIB? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HIPOKRASI NAJIB? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/hipokrasi-najib.html