Judul : Isu BR1M: Tindakan Mahathir patut dipuji
link : Isu BR1M: Tindakan Mahathir patut dipuji
Isu BR1M: Tindakan Mahathir patut dipuji
Kamarul Zaman
KOTA BHARU - Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membayangkan BR1M akan diteruskan perlaksanaannya jika pakatan pembangkang berkuasa, wajar dipuji semua pihak.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana kenyataan tersebut menunjukkan Mahathir kini mahu mengambil kira pandangan rakyat sebelum melaksanakan sesuatu.
"Tindakan Mahathir membuat pusingan U mengenai isu BR1M mendatangkan kritikan banyak pihak kerana dilihat tidak konsisten dengan kenyataannya sebelum ini bahawa ia rasuah, salah dan haram.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tun Mahathir sering tukar kenyataan]
"Bagaimanapun, ia sesuatu yang baik kerana Mahathir kini menggantungkannya kepada pandangan rakyat dengan menyebut ia akan diteruskan jika rakyat menganggap ia mustahak dan akan dijadikan bantuan statutori jika rakyat mempersetujuinya,”katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Menurutnya, sewaktu Mahathir memerintah negara sebelum ini, beliau sering dikecam kerana dikatakan suka memaksa, malah hingga ke tahap disifatkan sebagai seorang diktator.
Penganalisis politik itu juga memberitahu, perubahan sikap tersebut walaupun sudah terlewat, perlu dipandang positif dan perlu diteruskan selain dicontohi oleh pemimpin politik lain supaya dasar yang diperkenalkan akan diterima oleh rakyat.
"Zaman pemimpin memaksakan pandangan mereka terhadap rakyat kerana merasakan mereka serba tahu sudah berakhir, dalam zaman keterbukaan ini pandangan rakyat perlu lebih diambil kira oleh pemimpin.
"Melainkan perkara yang telah ditentukan secara qat'ie oleh agama, urusan pentadbiran negara adalah satu perkara yang perlu dilakukan secara fleksibel dan bijaksana berdasarkan keadaan semasa.
"Sangat elok jika setiap parti politik mempunyai badan khusus untuk menjalankan kaji selidik ke atas sikap rakyat terhadap pelbagai isu semasa negara atau mengguna pakai khidmat pelbagai institut penyelidikan sedia ada.
"Dengan cara ini barulah kredibiliti pemimpin politik akan lebih terjaga dan kenyataan mereka tidak akan digelakkan oleh rakyat, khususnya bila ia melibatkan isu agama atau perundangan", katanya.
Demikianlah Artikel Isu BR1M: Tindakan Mahathir patut dipuji
Sekianlah artikel Isu BR1M: Tindakan Mahathir patut dipuji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu BR1M: Tindakan Mahathir patut dipuji dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/isu-br1m-tindakan-mahathir-patut-dipuji.html