Jangan kacau Kelantan jika mahu PAS di sisi

Jangan kacau Kelantan jika mahu PAS di sisi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan kacau Kelantan jika mahu PAS di sisi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan kacau Kelantan jika mahu PAS di sisi
link : Jangan kacau Kelantan jika mahu PAS di sisi

Baca juga


Jangan kacau Kelantan jika mahu PAS di sisi

Berita Daily

 
 

Pilihan raya umum semakin hampir. Sana sini orang giat meneka tarikh sebenar Parlimen termasuk semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak, dibubarkan.

Rata-ratanya meneka bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada tahun ini, iaitu sama ada pada April ini atau September ini.

Ada juga yang meneka pilihan raya akan berlangsung dalam bulan Disember. Semuanya menunggu pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak.

Ketika tekaan demi tekaan dibuat, kedudukan Parti Islam SeMalaysia atau PAS kekal menjadi persoalan kepada parti politik lain dan pengundi amnya.

Ini kerana, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah bersama dengan Najib Razak dan seakan sedia memeterai kerjasama politik bersama Umno.

Namun, timbalan beliau pula, Tuan Ibrahim Tuan Man menunjukkan lenggok bertentangan, yang mana kerap mengeluarkan kenyataan kritikal terhadap Najib yang senada dengan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Gabungan parti pembangkang juga konsisten dengan cadangan mahu satu lawan satu dengan Barisan Nasional yang dikepalai Umno demi memaksimumkan kemenangan dan ia turut disahut oleh Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Justeru, pendirian sebenar PAS terus menjadi persoalan banyak pihak. Umno pula secara agresif bersaing dengan sebahagian besar akar umbi pakatan pembangkang dalam memancing PAS untuk bersama mereka.

Seperti biasa, cip tawarannya ialah perkara berkaitan agama Islam dan kedudukan orang Melayu dalam persada politik tanah air.

Sebenarnya tuntutan PAS mudah sahaja, iaitu status quo mereka sama sekali tidak boleh disentuh jika mahukan kerjasama daripada organisasi itu.

Ia meliputi larangan menuntut kerusi tradisi yang ditandingi mereka terutamanya Kelantan yang sudah dikuasai sejak tahun 1990.

Mana-mana parti yang menyebut mahu merampas Kelantan daripada tangan PAS umpama mencari gaduh dengan mereka dan sudah tentu ia tidak bagus untuk mana-mana gabungan kerjasama politik di negara ini.
Maka, PKR, DAP, PPBM hendaklah mengelak untuk berbicara mengenai tuntutan kerusi di negeri berkenaan.

Parti Amanah Negara pula memang mencari masalah dengan PAS apabila kerap kali menyuarakan hasrat merampas Kelantan daripada PAS, dan boleh diibaratkan menggali lubang kubur sendiri. Jangan sesekali memandang rendah pengaruh PAS yang sudah berakar umbi di negeri itu.

Jika diteliti, Umno sendiri pun jarang mengeluarkan kenyataan mahukan Kelantan kerana sedar niat sedemikian hanya menjarakkan PAS daripada Barisan Nasional.

Jelas, PAS bijak memanipulasi keadaan politik semasa di mana gabungan politik pembangkang dan Barisan Nasional sangat terdesak akan sokongan PAS.

PAS benar-benar mengambil peluang untuk memastikan kedudukan politik mereka kekal selesa dan membiarkan gabungan pembangkang dan Barisan Nasional terkinja-kinja menawarkan itu dan ini demi sokongan mereka.

Yang pasti, Kelantan selamat di tangan PAS kali ini dan Umno sekali lagi terpaksa melupakan hasrat untuk membentuk kerajaan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.



Demikianlah Artikel Jangan kacau Kelantan jika mahu PAS di sisi

Sekianlah artikel Jangan kacau Kelantan jika mahu PAS di sisi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan kacau Kelantan jika mahu PAS di sisi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/jangan-kacau-kelantan-jika-mahu-pas-di.html

Subscribe to receive free email updates: