Kenapa Kit Siang tak saman saya?, soal Tunku Aziz

Kenapa Kit Siang tak saman saya?, soal Tunku Aziz - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Kit Siang tak saman saya?, soal Tunku Aziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Kit Siang tak saman saya?, soal Tunku Aziz
link : Kenapa Kit Siang tak saman saya?, soal Tunku Aziz

Baca juga


Kenapa Kit Siang tak saman saya?, soal Tunku Aziz

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz mempersoalkan mengapa Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bertindak ke atas dirinya namun menyaman media berhubung pendedahannya sebelum ini.
 
Kit Siang pada minggu lalu mengemukakan saman ke atas Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) selepas dua akhbar itu menyiarkan pendedahan Tunku Aziz.
 
Terdahulu Tunku Aziz mendedahkan wujudnya komplot membabitkan Kit Siang untuk menaikkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.
  
"Kenapa Kit Siang tak saman saya? Maknanya apa yang saya cakap itu benar," kata tunku Aziz.
 
"Saya takkan dedahkan perkara ini kalau sumber saya tidak boleh dipercayai. Namun saya kena menjaga kerahsiaan sumber itu," ujarnya lagi.
 
Kit siang sebelum ini dihambat kontroversi selepas Tunku Aziz mendedahkan beliau berkomplot dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menaikkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri, manakala dirinya akan dilantik sebagai timbalannya, jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
Tunku Aziz juga mengulas ugutan saman daripada Mukhriz bersabit pendedahannya itu.
 
"Mukhriz jangan lupa cabaran saya. jika beliau mahu hentikan spekulasi, buat satu SD (akuan bersumpah) menyatakan beliau tiada cadangan atau cita-cita untuk jadi perdana menteri.
 
"SD merupakan satu langkah undang-undang yang boleh membuktikan dakwaan saya tidak benar. tidak perlu buang duit untuk saman saya," tegas Tunku Aziz.
 
Mukhriz sebelum ini memberi amaran kepada Tunku Aziz agar membuktikan tuduhannya itu, jika bekas pemimpin DAP itu tidak mahu disaman.
 
 


Demikianlah Artikel Kenapa Kit Siang tak saman saya?, soal Tunku Aziz

Sekianlah artikel Kenapa Kit Siang tak saman saya?, soal Tunku Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Kit Siang tak saman saya?, soal Tunku Aziz dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/kenapa-kit-siang-tak-saman-saya-soal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :