Judul : Ketika penjenayah 1MDB dihukum di negara lain, Malaysia tak buat apa-apa
link : Ketika penjenayah 1MDB dihukum di negara lain, Malaysia tak buat apa-apa
Ketika penjenayah 1MDB dihukum di negara lain, Malaysia tak buat apa-apa
MALAYSIA DATELINEPujian Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani terhadap Autoriti Kewangan Singapura (MAS) kerana mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat dalam jenayah pensonglapan dan aktiviti penggubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya mengaibkan pemimpin negara.
Ini kerana ketika mereka yang terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB itu telah diambil tindakan di beberapa negara, namun pihak berkuasa Malaysia masih gagal melakukan sebarang pendakwaan walaupun jenayah itu berpunca daripada negara ini, kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Beliau (Johari) dilaporkan menyebut Malaysia sedang dalam proses menyiasat. Sangat baik Menteri, tetapi lama mana lagi ya?
"Tahun 2016 telah pun menutup tirainya. Sementara enam negara atau jurisdiksi asing sedang menjalani pendakwaan, setelah selesai siasatan dijalankan dan kini ada yang dijatuhkan hukuman. Di negara kita sendiri di mana jenayah ini berlaku, belum ada seorang pun didakwa dan kita masih menyiasat," soalnya sinis.
Malah Singapura telah menutup dua bank swasta di Singapura iaitu BSI dan Falcon, serta mengenakan penalti kewangan yang berat ke atas DBS Group, UBS dan Standard Chartered Bank kerana terlibatkan dengan kegiatan penggubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.
"Terkini Hakim Persekutuan Amerika Syarikat, Dale Fischer, menolak permohonan keluarga Jho Low untuk menangguhkan pendengaran kes merampas kembali (forfeiture of assets) harta dan aset yang dirompak dari 1MDB, yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada Julai 2016.
"Abu Dhabi pula telah menahan Khadem Al-Qubaishi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat minyak milik kerajaan Emirate yakni lnternational Petroleum Investment Company (IPIC) dan Mohamed Badawy al-Huseiny, Pengarah Urusan Aabar Investments PJS.
"Kedua-duanya ditahan atas kesalahan penggubahan wang haram dan songlap serta tipu dana 1MDB," jelas beliau.
Dr Dzulkefly juga mengingatkan bahawa 1MDB adalah 100% syarikat milik kerajaan Malaysia dan mereka yang mengetuai 'merompak' dana ini adalah juga rakyat Malaysia.
"Sangat mengaibkan sehingga kini, ketika pelbagai tindakan telah diambil oleh negara lain, tiada seorang penyangak pun pernah didakwa jauh lagi hendak disabit kesalahan di mahkamah kita sendiri!" ujarnya.
Demikianlah Artikel Ketika penjenayah 1MDB dihukum di negara lain, Malaysia tak buat apa-apa
Sekianlah artikel Ketika penjenayah 1MDB dihukum di negara lain, Malaysia tak buat apa-apa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ketika penjenayah 1MDB dihukum di negara lain, Malaysia tak buat apa-apa dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/ketika-penjenayah-1mdb-dihukum-di.html