Judul : Ketua Hakim Negara: Sudah ada pengganti saya
link : Ketua Hakim Negara: Sudah ada pengganti saya
Ketua Hakim Negara: Sudah ada pengganti saya
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) telah dimaklumkan berhubung kemungkinan calon penggantinya apabila dirinya bersara.
Beliau berkata, calon berkenaan sudah dikenal-pasti dan pengumuman akan dibuat pada masa yang sesuai.
"Saya tidak boleh beritahu kerana ia adalah pelanggaran kerahsiaan. Tetapi cadangan sudah dikemukakan kepada JAC," kata Tun Arifin selepas Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Beliau ditanya mengenai rancangan peralihan berikutan laporan empat bulan lalu bahawa tiga hakim kanan termasuk dirinya diberi lanjutan perkhidmatan selama enam bulan lagi.
Hakim wajib bersara apabila mencapai umur 66 tetapi pada tempoh perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan oleh Yang di Pertuan Agong.
Tun Arifin akan mencecah usia 66 tahun pada 1 Oktober dan dengan lanjutan enam bulan, hari terakhirnya kini adalah 30 Mac, 2017.
Demikianlah Artikel Ketua Hakim Negara: Sudah ada pengganti saya
Sekianlah artikel Ketua Hakim Negara: Sudah ada pengganti saya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ketua Hakim Negara: Sudah ada pengganti saya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/ketua-hakim-negara-sudah-ada-pengganti.html