Lima lagi Orang Asli ditangkap kerana bina sekatan

Lima lagi Orang Asli ditangkap kerana bina sekatan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima lagi Orang Asli ditangkap kerana bina sekatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima lagi Orang Asli ditangkap kerana bina sekatan
link : Lima lagi Orang Asli ditangkap kerana bina sekatan

Baca juga


Lima lagi Orang Asli ditangkap kerana bina sekatan

 

Lima lagi Orang Asli dari kawasan pedalaman Gua Musang ditangkap hari ini kerana terus membina penghadang atau sekatan bagi menghalang pembalang daripada memasuki kawasan berkenaan.

Peguam, Roger Chan ketika dihubungi, berkata tangkapan itu berkaitan dengan berita bahawa Jabatan Perhutanan telah merobohkan sekatan yang dibina oleh penduduk Temiar di kampung Simpang Petei.

"Mereka ditangkap atas dakwaan membina sekatan bagi melindungi tanah nenek moyang mereka," kata Chan kepada Malaysiakini.

Beliau percaya daripada lima yang ditahan itu, sekurang-kurangnya tiga pernah ditangkap sebelum ini atas tuduhan yang sama.

Walau bagaimanapun kerana mereka masih belum didakwa di mahkamah, Chan berkata, tangkapan ke atas mereka adalah menyalahi undang-undang.

"Kamu tidak boleh ditangkap bagi kali kedua atas kesalahan sama jika kamu tidak didakwa," katanya.

Katanya, beliau akan cuba membantu membebaskan Orang Asli itu dengan segera dan sekiranya tidak berjaya beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak polis.

Malaysiakini telah menghubungi pihak polis di Gua Musang dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk mendapatkan ulasan mereka.



Demikianlah Artikel Lima lagi Orang Asli ditangkap kerana bina sekatan

Sekianlah artikel Lima lagi Orang Asli ditangkap kerana bina sekatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima lagi Orang Asli ditangkap kerana bina sekatan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/lima-lagi-orang-asli-ditangkap-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :