Mahfuz patut tanya dulu sebelum kritik, bidas Idris

Mahfuz patut tanya dulu sebelum kritik, bidas Idris - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz patut tanya dulu sebelum kritik, bidas Idris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz patut tanya dulu sebelum kritik, bidas Idris
link : Mahfuz patut tanya dulu sebelum kritik, bidas Idris

Baca juga


Mahfuz patut tanya dulu sebelum kritik, bidas Idris

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad membidas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang sebelum ini mengkritik parti ekoran tidak menghantar seorang pun wakil ke majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Sabtu lalu.
 
Jelas Idris, PAS mempunyai program lain pada waktu yang sama dengan pelancaran parti baru berkenaan. 
 
Oleh itu ujar Idris, Mahfuz sewajarnya mendapatkan penjelasan daripada parti terlebih dahulu sebelum melontarkan kritikan.
 
"Dia (Mahfuz) tahu tak sebab apa (kita tak hadir). Kita (masa itu) ada program sendiri," katanya kepada Antarapos, merujuk kepada Himpunan RUU 355 peringkat Wilayah Persekutuan, yang turut diadakan pada malam Sabtu lalu. 
 
"Tanya lah dulu, tak elok la panaskan keadaan," bidas Idris.
 
Mahfuz sebelum ini mengkritik partinya yang tidak menghantar seorang pun wakil ke majlis perasmian PPBM sebagai tanda sokongan kepada parti baru itu.
 
Dakwa Mahfuz, tindakan PAS itu boleh memburukkan keadaan kerana dilihat seolah tidak mahu menjalin kerjasama bersama pembangkang lain seperti yang dimahukan rakyat.
 
Mahfuz adalah satu-satunya pemimpin PAS yang hadir pada majlis berkenaan, dan menjelaskan kehadirannya atas kapasiti peribadi. 
 
Ketika ditanya sama ada parti akan mengambil tindakan terhadap Mahfuz ekoran kelantangan mengkritik parti di samping kerap menghadiri majlis ajuran Pakatan Harapan (PH), Idris sambil berseloroh berkata parti tidak ambil pusing hal berkenaan. 
 
"Kita pun tak peduli masalah dia," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.
 
Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata, ketidakhadiran PAS ke majlis PPBM itu kerana dua seterunya, Amanah dan DAP turut hadir pada majlis tersebut. 
 
Menurut Iskandar lagi, PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM. 
 
Tambah Iskandar, pihaknya kecewa apabila pelbagai tuduhan dan dakwaan dilempar kepada PAS kerana isu 'tidak hadir' tersebut termasuk mengatakan ia seolah-olah menghina Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang keseluruhannya. 
 
 


Demikianlah Artikel Mahfuz patut tanya dulu sebelum kritik, bidas Idris

Sekianlah artikel Mahfuz patut tanya dulu sebelum kritik, bidas Idris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz patut tanya dulu sebelum kritik, bidas Idris dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/mahfuz-patut-tanya-dulu-sebelum-kritik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :