Judul : Orang Asli halang TNB ambil sampel air sungai
link : Orang Asli halang TNB ambil sampel air sungai
Orang Asli halang TNB ambil sampel air sungai
MALAYSIAKINIMenurut aktivis Orang Asli, Norfini Ajik yang berada di tempat kejadian, kakitangan TNB itu mahu menyalurkan air dari Sungai Ulu Jelai ke Sungai Ulu Telom untuk pembinaan empangan.
Beliau melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Pahang, Shafie Dris, berkata, kelapan-lapan kakitangan TNB yang tidak memperkenalkan diri dan tujuan mereka itu hadir kira-kira dua jam di Kampung Rakoh, Sabtu lalu.
"Nak masuk kampung Orang Asli kena tahu adat Orang Asli, bukan orang luar saja ada adat.
"Kamu tidak boleh masuk sesuka ke sini tanpa kebenaran penduduk kampung dan Tok Batin.
"Sebab kami ingin jumpa MB (menteri besar) kena ikut peraturan polis, tapi kamu masuk kampung Orang Asli main redah saja,” katanya.
Menurut Norfini, penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan tidak bersetuju dengan projek empangan berkenaan dan tidak mahu diganggu.
Beliau menjelaskan bahawa jika empangan dibina, kehidupan masyarakat Orang Asli akan terjejas kerana mereka sangat bergantung kepada sungai untuk makanan dan air, dan pembinaan empangan akan juga merosakkan kawasan tempat tinggal mereka.
"Pada kami, sungai ini banyak kazanahnya, macam mana kamu nak musnahkanya, jangan ganggu kami dan air kami.
“Orang Asli di sekitar hutan ini memerlukan air, kerana air adalah sumber kehidupan kami,” katanya.
Demikianlah Artikel Orang Asli halang TNB ambil sampel air sungai
Sekianlah artikel Orang Asli halang TNB ambil sampel air sungai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Orang Asli halang TNB ambil sampel air sungai dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/orang-asli-halang-tnb-ambil-sampel-air.html