PAS nasihat Ibrahim Ali jangan ganggu kerusi miliknya pada PRU14

PAS nasihat Ibrahim Ali jangan ganggu kerusi miliknya pada PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS nasihat Ibrahim Ali jangan ganggu kerusi miliknya pada PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS nasihat Ibrahim Ali jangan ganggu kerusi miliknya pada PRU14
link : PAS nasihat Ibrahim Ali jangan ganggu kerusi miliknya pada PRU14

Baca juga


PAS nasihat Ibrahim Ali jangan ganggu kerusi miliknya pada PRU14

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini memberi amaran kepada Datuk Ibrahim Ali agar membatalkan niatnya untuk menganggu-gugat kerusi PAS di Parlimen Pasir Mas.
 
Malah Tuan Ibrahim mencadangkan agar Presiden Perkasa itu mencari kerusi lain yang bukan milik pembangkang, jika mahu menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
"Bagi kita demokrasi ini boleh bertanding di mana-mana pun, cuma kalau kita nak tumbangkan BN tidak perlulah bertanding di kerusi yang kita (PAS) sudah menang," katanya ketika dihubungi Antarapos
 
Kenyataan itu merujuk kepada niat Ibrahim untuk bertanding dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bagi merebut kerusi berkenaan pada PRU14 nanti.
 
Perkara itu diumumkan Ibrahim dalam satu sidang media di ibu negara semalam.
 
Kata Tuan Ibrahim lagi, tindakan Ibrahim ini akan mewujudkan pertandingan tiga penjuru, sekaligus akan memberi kelebihan kepada BN.
 
"Bagi kita kerusi itu PAS sudah menang, jadi kalau dia (Datuk Ibrahim Ali bertanding di kerusi yang sama seperti dia akan beri tongkat (kemenangan) kepada Umno BN.
 
"Maknanya akan jadi tiga penjuru dan kemungkinan besar BN akan menang, bagi kita lebih baik dia tidak ganggu kerusi yang PAS menang, sebab dia pun kritik 1MDB jadi kena buktikan bahawa dia tidak akan bertanding di tempat yang PAS sudah menang," katanya.
 
Ibrahim sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas bagi tempoh 2008 hingga 2013 dan kemudiannya digantikan dengan Nik Abduh selepas Ibrahim kalah ketika bertanding atas calon Bebas pada PRU13 lalu.
 
Dalam pada itu Tuan Ibrahim turut berkata Himpunan 355 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan akan turut mengadakan solat hajat.
 
Malah beliau menepis bahawa himpunan ini seperti demonstrasi yang sering dianjurkan pembangkang.
 
"Memang himpunan kita untuk solat hajat pun, namanya program himpunan 355 tapi kita tidak berarak dimana hanya satu himpunan dan ada kuliah, munajat perdana dan solat hajat dan ucapan. Ini bukan demonstrasi hanya himpunan sahaja.
 
"Mungkin kefahaman dia (Datuk Ibrahim Ali) bila ada solat hajat mesti di masjid. Kita akan buat di padang," katanya merujuk kepada gesaan Ibrahim Ali itu semalam.
 
 


Demikianlah Artikel PAS nasihat Ibrahim Ali jangan ganggu kerusi miliknya pada PRU14

Sekianlah artikel PAS nasihat Ibrahim Ali jangan ganggu kerusi miliknya pada PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS nasihat Ibrahim Ali jangan ganggu kerusi miliknya pada PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/pas-nasihat-ibrahim-ali-jangan-ganggu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :