PAS pun hantar Timbalan Presiden - Hamidah

PAS pun hantar Timbalan Presiden - Hamidah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS pun hantar Timbalan Presiden - Hamidah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS pun hantar Timbalan Presiden - Hamidah
link : PAS pun hantar Timbalan Presiden - Hamidah

Baca juga


PAS pun hantar Timbalan Presiden - Hamidah

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak dakwaan partinya tidak bersungguh-sungguh  mengadakan rundingan dengan PAS ekoran hanya menghantar Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku ketua delegasi.
    
Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman secara berseloroh juga berkata PAS selama ini turut mewakilkan hanya Timbalan Presiden mereka, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam siri pertemuan sebelum ini. 
 
"Di sebelah sana pun diketuai oleh Timbalan (Presiden), jadi kita pun diketuai Timbalan (Presiden)," katanya kepada Antarapos.
 
Bagaimanapun menurut Hamidah, tidak timbul isu mengapa PPBM mewakilkan Mukhriz sebagai ketua delegasi partinya.
 
"Bukan isu itu sebenarnya. Perundingan awal, Datuk Seri Mukhriz ketuai (PPBM) semasa Tan Sri Muhyiddin bercuti, jadi dia hanya teruskanlah," katanya lagi. 
 
PPBM dan PAS yang sebelum ini dijadualkan  mengadakan perjumpaan pada Khamis, akan mengadakan pertemuan esok khusus bagi membincangkan kerjasama politik menuju pilihan raya. 
 
Mengulas mengenai pertemuan itu, Hamidah turut menyeru agar PAS mengambil pendekatan realistik demi kesatuan pembangkang.
 
"Tentulah harapan kita supaya kita semua bersatu, sekiranya kita berpecah maka ini buka ruang kepada Umno-BN untuk memenangi pilihan raya akan datang.
 
"Sedangkan setahu saya sejak penubuhannya, PAS telah menerajui penentangan terhadap Umno, tetapi takkan dalam keadaan Umno yang teruk sekarang, PAS tidak mahu bersama untuk meneruskan perjuangan yang ia dah buat sejak puluhan tahun," katanya lagi.
 
Dalam pada itu Hamidah turut senada dengan Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail, bahawa parti akan tetap meneruskan pertemuan dengan PAS meskipun akar umbi marah ekoran parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengkritik Pengerusi mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
"Kalau kita lihat di media sosial pun kita boleh tahu memang ada rungutan, sudah tentu bila ada pimpinan PAS buat kritikan kepada Tun Mahathir ia mengguris hati ahli, malah ramai terguris.
 
"Tapi seperti yang saya katakan, kita lihat ke hadapan, kita fikirkan sesuatu yang lebih besar dengan harapan rundingan kita akan membuahkan hasil yang positif demi objektif yang lebih besar demi negara," ujar beliau.
 
Ketika ditanya apakan PPBM akan memberi masa lagi kepada PAS sekiranya hasil rundingan esok tidak seperti yang diharapkan, jawab Hamidah, segalanya bergantung kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti. 
 
 


Demikianlah Artikel PAS pun hantar Timbalan Presiden - Hamidah

Sekianlah artikel PAS pun hantar Timbalan Presiden - Hamidah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS pun hantar Timbalan Presiden - Hamidah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/pas-pun-hantar-timbalan-presiden-hamidah.html

Subscribe to receive free email updates: