Judul : Perjanjian sulit Tun M-Kit Siang, PKR serah kepada rakyat
link : Perjanjian sulit Tun M-Kit Siang, PKR serah kepada rakyat
Perjanjian sulit Tun M-Kit Siang, PKR serah kepada rakyat
Oleh Haizal Yatiran
SHAH ALAM: PKR berkata keputusan untuk menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri kelak bukan diputuskan oleh pembangkang.
Sebaliknya Timbalan Presidennya Datuk Seri Azmin Ali menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan jika Pakatan Harapan (PH) menang kelak dalam pilihan raya umum akan datang.
“Keputusan nanti ini adalah melibatkan sistem demokratik. Bukan soal kita setuju atau tidak setuju.
"Kalau rakyat setuju? Ini soal demokrasi, rakyat yang akan menentukan siapa yang menang dalam pilihan raya.
"Jadi kita kena menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat,” katanya ketika ditemui di Bangunan SUK hari ini.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa DAP pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya merampas kerajaan pada pilihan raya akan datang.
Sebelum itu, bekas pemimpin DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim ada mendedahkan satu pakatan sulit antara Tun M dengan Lim Kit Siang untuk menaikkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Selepas beberapa kali tegas menolak dakwaan tersebut, Mahathir bagaimanapun mendedahkan bahawa DAP pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu perbincangan, sekiranya blok pembangkang mengambil alih Putrajaya.
Dalam pada itu, Azmin menegaskan beliau tidak pernah terlibat dalam perjanjian sulit tersebut.
“Saya tidak terlibat dengan perjanjian antara Mahathir dan Kit Siang,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel Perjanjian sulit Tun M-Kit Siang, PKR serah kepada rakyat
Sekianlah artikel Perjanjian sulit Tun M-Kit Siang, PKR serah kepada rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perjanjian sulit Tun M-Kit Siang, PKR serah kepada rakyat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/perjanjian-sulit-tun-m-kit-siang-pkr.html