Judul : PPBM Akan Buru Duit Rakyat Yang Ditabur Oleh Najib dan Jho Low Di Luar Negara
link : PPBM Akan Buru Duit Rakyat Yang Ditabur Oleh Najib dan Jho Low Di Luar Negara
PPBM Akan Buru Duit Rakyat Yang Ditabur Oleh Najib dan Jho Low Di Luar Negara
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan manifesto parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Yang menariknya Tun Mahatir menggariskan beberapa pendekatan untuk memulihkan ekonomi Malaysia kepada rakyat berbanding Najib.
Ia termasuk mendapatkan semula setiap sen wang rakyat yang ditaburkan oleh Najib dan sekutunya yang disorokkan di luar negara lebih-lebih lagi wang 1 MDB.
"Kita akan siasat dengan teliti dana 1MDB yang telah disalahgunakan utnuk mencuri wang rakyat.
"Kita akan buru setiap sen dari 1MDB dan kerajaan yang dicuri daripada rakyat, yang kita tahu ada di tangan individu tertentu," katanya disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 5000 hadirin pada majlis pelancaran rasmi parti itu di Shah Alam malam tadi.
Dengan duit yang disembunyikan oleh Najib maka GST akan dapat dihapuskan kerana kerajaan tidak perlu lagi memerlukan duit poket rakyat untuk terus mentadbir negara.
Pada majlis itu, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata, pihaknya akan memastikan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB dapat dikembalikan ke Malaysia, sesuatu yang Umno/BN gagal untuk lakukannya sehingga hari ini.
Jelas beliau, jika mereka diberikan mandat untuk memerintah, beliau mahu membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat 1MDB dan untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Muhyiddin juga berkata, kebimbangan utama rakyat sekarang ialah ekonomi, justeru, dasar-dasar ekonomi negara akan diteliti semula bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat dan menumpukan pada pemulihan ekonomi negara.
Sementara itu, Mahathir berkata, BERSATU akan menghapuskan GST secara berperingkat-peringkat yang akhirnya digantikan dengan cukai jualan.
Oleh itu anak muda kena bersedia kerana lebih hampir kepada PRU maka lebih dana akan ditabur oleh pihak tertentu untuk memastikan mereka terus berkuasa selama 5 tahun lagi. Jika ini berlaku maka amat malang bagi rakyat dan harapan tipis untuk mengembalikan wang rakyat yang 'disembunyikan' diluar negara.
Demikianlah Artikel PPBM Akan Buru Duit Rakyat Yang Ditabur Oleh Najib dan Jho Low Di Luar Negara
Sekianlah artikel PPBM Akan Buru Duit Rakyat Yang Ditabur Oleh Najib dan Jho Low Di Luar Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM Akan Buru Duit Rakyat Yang Ditabur Oleh Najib dan Jho Low Di Luar Negara dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/ppbm-akan-buru-duit-rakyat-yang-ditabur.html