PPBM ganti parti yang sudah usang

PPBM ganti parti yang sudah usang - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM ganti parti yang sudah usang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM ganti parti yang sudah usang
link : PPBM ganti parti yang sudah usang

Baca juga


PPBM ganti parti yang sudah usang

Sinar Harian ·


 

SHAH ALAM – Kewujudan Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertujuan untuk menggantikan sebuah parti politik usang.

Perkara itu disuarakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa, Umno telah menjadi sebuah parti kleptokrasi.

“Umno menjadi penindas ke atas rakyat, mendera tanpa sebab, menangkap dan memasukkan dalam tahanan serta menghadapkan mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah.

“Parti ini juga sedang dan telah menjual wilayah-wilayah negara sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan terasing dari negara,” katanya sempena pelancaran Bersatu di Stadium Malawati di sini.

Menurutnya, Bersatu ditubuhkan sebagai menyahut teriakan rakyat yang mahu diselamatkan dari kleptokrasi pemerintah kini.

“Tidak ada satu usaha lebih mulia daripada usaha Bersatu bersama rakan-rakan kita usahakan untuk membasmi kemungkaran Umno dan BN,” jelasnya.

Mengakui terlalu tua, Mahathir berkata, usianya yang panjang memberi peluang untuk melihat sendiri pergolakan dan nasib bangsa di negara ini.

“Saya pernah bertuan penjajah di negara ini sendiri. Perasaan terhina menyelubungi diri apabila terpaksa bertuankan orang asing yang menjajah negara.

“Ya. Melayu memang lemah dan mudah lupa. Tetapi kesedaran mendatangkan kekuatan yang tidak dimimpikan berada kepada mereka,” ujarnya.



Demikianlah Artikel PPBM ganti parti yang sudah usang

Sekianlah artikel PPBM ganti parti yang sudah usang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM ganti parti yang sudah usang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/ppbm-ganti-parti-yang-sudah-usang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :