Judul : Program Khas Haji tetap diteruskan meskipun dihentam
link : Program Khas Haji tetap diteruskan meskipun dihentam
Program Khas Haji tetap diteruskan meskipun dihentam
Utusan Online ·KUALA NERUS – Program Khas Haji Perdana Menteri akan tetap diteruskan walaupun dijadikan sasaran Tun Dr. Mahathir Mohamad memperlekehkannya termasuk mempersoalkan sama ada mabrur atau tidaknya ibadat ribuan umat Islam yang mendapat manfaat daripada tajaan itu.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, langkah itu akan memberi peluang kepada lebih ramai kalangan pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi yang tidak berkemampuan menunaikan Rukun Islam yang kelima itu.
Menurut Jailani, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak dari awal lagi sememangnya mempunyai niat untuk menghantar semua imam dan pengerusi JKKK mengerjakan haji selagi beliau memegang teraju pemerintahan negara.
Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Haji Program Khas Haji PM 2017 di Hotel TH dekat sini pada Ahad yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, angka itu mengalami sedikit peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
“Saya mewakili keseluruhan kepimpinan dan juga rakyat negeri Terengganu ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Najib Razak kerana meneruskan program khas haji pada tahun ini.
“Dan sejak 2011, Terengganu tidak ketinggalan mendapat kuota bagi program itu setiap tahun,” katanya selepas majlis penyerahan surat tawaran pencalonan jemaah haji.
Seramai 110 orang terdiri daripada para imam, pengerusi JKKK seluruh negeri ini akan terpilih menunaikan ibadat haji di bawah program tersebut tahun ini dan jumlah itu adalah antara 1,100 orang dari seluruh negara yang terpilih.
Demikianlah Artikel Program Khas Haji tetap diteruskan meskipun dihentam
Sekianlah artikel Program Khas Haji tetap diteruskan meskipun dihentam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Program Khas Haji tetap diteruskan meskipun dihentam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/program-khas-haji-tetap-diteruskan.html