Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion

Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion
link : Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion

Baca juga


Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion

DETIK DAILY



KOTA KINABALU: Kerajaan menyasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini sebanyak RM42 bilion, naik RM1 bilion berbanding RM41 bilion pada tahun lepas.


Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata sasaran itu mampu dicapai melalui kerjasama semua pihak walaupun berdepan dengan cabaran kelembapan ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

“Melihat suasana persekitaran ekonomi pada hari ini, kita menjangka sedikit peningkatan (GST) iaitu RM42 bilion berbanding pada 2016.

“Ini juga satu bebanan kepada Jabatan Kastam untuk memastikan sasaran itu dicapai,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan Kastam Sepanggar di sini hari ini.

Projek perumahan yang bernilai RM54 juta itu melibatkan pembinaan 3 blok bangunan dengan 120 unit rumah dan berjaya disiapkan mengikut jadual dengan penjimatan kos sebanyak RM6 juta.

Othman berkata walaupun masih terdapat syarikat yang gagal mematuhi arahan pembayaran GST, bilangannya kecil iaitu sekitar 5% dan tindakan susulan diambil termasuk mengenakan kompaun.

Mengenai Kedai Bebas Cukai (KBC) bagi penjualan rokok dan minuman keras di 3 buah pulau bebas cukai, Langkawi, Wilayah Persekutuan Labuan dan Tioman, katanya pelaksanaannya memberi impak yang positif dan menggalakkan dalam usaha kerajaan meminimumkan ketirisan pendapatan cukai barangan itu.

Beliau berkata pada masa ini, jumlah KBC di Langkawi ialah 56 buah, manakala Labuan (21) dan Tioman (3).

Katanya pelaksanaan KBC tidak menjejaskan industri pelancongan di pulau tersebut dan bilangan yang diwujudkan di setiap pulau itu mencukupi untuk memenuhi permintaan pengunjung.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata KBC diperkenalkan hanya untuk penjualan rokok dan minuman keras sahaja dan ketirisan yang dikesan sebelum ini dianggarkan sebanyak RM1.73 bilion setahun.

Katanya permohonan untuk mendapatkan lesen KBC untuk penjualan rokok dan minuman keras di pulau berkenaan masih terbuka kepada peniaga yang berminat.



Demikianlah Artikel Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion

Sekianlah artikel Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sasaran kutipan GST tahun ini: RM42 bilion dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/sasaran-kutipan-gst-tahun-ini-rm42.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :