Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan

Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan
link : Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan

Baca juga


Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan



Oleh SUBKY LATIF


 
DALAM Perhimpunan Agung Umno yang lalu sekalian perwakilan dari yang setinggi-tingginya Datuk Seri Zahid Hamidi hingga pacal perwakilan yang sekecil-kecilnya menyatakan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Presidennya Najib yang juga Perdana Menteri.

Pernyataan setia itu adalah reaksi terhadap cabaran terbuka Dr. Mahathir terhadap pimpinan Umno itu dan juga memampatkan Umno berikutan sanggahan TS Muhyidin Yasin terhadap pimpinan Najib.
Orang boleh buat macam-macam tafsiran terhadap ikrar Zahid.
      
Kesetiaan kepada pemimpin itu penting dan Islam sendiri memberi tekanan betapa perlunya kesetiaan rakyat kepada pemimpin.
     
Dalam kontek akidah dan kenegaraan Islam perlunya kesetiaan kepada ulil amri selepas ketaatan tidak berbelah bagi kepada Allah dan Rasul. Tetapi taat kepada ulil amri itu tidak mutlak. Ada syarat dan hadnya. Bergantung kepada ketaatan ulil amri itu kepada Allah dan Rasul.
    
Dalam adab keluarga beragama taat kepada ibu bapa penting selepas taat kepada Allah dan Rasul. Saidina Umar al-Khatab ditanya Rasulullah SAW siapa keutamaan kesetiaannya. Jawab Saidina Umar tentulah setia kepada dirinya dan kedua ibu bapanya, dan selepas itu kepada baginda Rasul.
    
Jelas baginda, tidak sempurna iman seseorang jika tidak melebihkan taat kepada Rasul daripada diri sendiri dan kedua ibu bapa. Maka Saidina Umar pun bersetia kepada Rasul atas segala yang lain.
     
Taat kepada ibu bapa penting tetapi tiada ketaatan dalam maksiat. Demikian juga ulil amri iaitu khalifah, raja dan presiden. Perintah maksiat, bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul wajar dibantah. Membantah terhadap maksiat bukan bughah – menderhaka. Malah menegur raja yang zalim adalah satu jihad.
      
Ketaatan Zahid dan sekalian ahli Umno itu perlu dijelaskan. Adakah ia menyamai konsep kesetiaan Hang Tuah kepada raja – Sultan Melaka?
     
Kita takut konsep kesetiaan Hang Tuah kepada Raja itu menyamai ketaatan kepada Allah dan Rasul. Jangan ada kesetiaan kepada makhluk selain Rasul diberi atas dasar taksub dan membabi buta. Ketaatan yang tidak berbelah bagi boleh membawa kepada ketaatan membabi buta.
    
Ia bercanggah dengan sifat Islam sebagai agama nasihat. Hikayat Hang Tuah banyak mendedahkan tindakan Sultan yang tidak tepat yang boleh membawa kepada kezaliman. Maka orang di sekeliling raja seperti Hang Tuah mesti berperanan menasihatkan raja seperti semangat yang ada pada Islam. Rosak ulil amri Melaka disebabkan pembesar berpegang kepada ketaatan tidak berbelah bagi kepada Raja.
     
Ketaatan kepada ulil amri mesti dibuat mengikut konsep kesetiaan bersyarat yang digariskan oleh Islam. Tiada ketaatan kepada khalifah yang tidak taat kepada Allah dan Rasul.
    
PM Najib bukan ulil amri. Perdana Menteri menjalankan pemerintahan bagi pihak ulil amri. Kerana kuasa politik dan demokrasi itu begitu berada dalam negara yanag mengamalkan raja berperlembagaan, boleh menjadikan ulil amri, ketua negara gerun kepada ketua kerajaan. Takwil ulil amri terhadap kerajaan boleh dikira campur tangan dalam kerajaan yang boleh mencetuskan krisis perlembagaan. Serba salah ini meletakkan Perdana Menteri terdedah kepada kelemahan dan penyelewengan.
    
Pembantu Perdana Menteri tidak boleh mengamalkan kesetiaan mengikut konsep Hang Tuah. Maka taat kepada Najib mesti bertempat.
   
Jika Najib telah silap memberi ketaatan tak berbelah bagi pada Mahathir, jangan ulangi supaya Zahid dan Umno mesti taat kepadanya seperti dia taat kepada Mahathir dulu. Jangan patuh pada yang lagho



Demikianlah Artikel Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan

Sekianlah artikel Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Setia Zahid pada Najib macam setia Laksamana pada Sultan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/setia-zahid-pada-najib-macam-setia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :