Judul : Tahun 2017 akan jadi tahun yang baik
link : Tahun 2017 akan jadi tahun yang baik
Tahun 2017 akan jadi tahun yang baik
TAHUN 2016 sudah pun melabuhkan tirainya beberapa hari lalu, kini kita berhadapan pula dengan tahun 2017 yang dikatakan akan menjadi tahun yang mencabar buat rakyat dan juga pemimpin.
Berdepan dengan cabaran ekonomi, seawal 1 Januari lagi kita terpaksa berhadapan dengan kenaikan minyak petrol sebanyak 20 sen bagi RON 95 dan 15 sen bagi RON 97 membuatkan ramai yang mengeluh.
Ditambah lagi dengan isu sara hidup yang semakin meningkat dan juga kesukaran mendapatkan pekerjaan, rakyat Malaysia sememangnya berdepan dengan keadaan yang getir.
Penganalisis Ekonomi, Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin bagaimanapun mendakwa bahawa tahun 2017 ini akan menjadi tahun yang baik buat negara.
Menurutnya, dengan kenaikan harga minyak mentah, getah dan juga kelapa sawit ini sebenarnya akan membawa kebaikan kepada negara.
“Kita lihat dari sudut positif, dengan kenaikan harga minyak mentah, kelapa sawit dan getah ini akan menaikkan ekonomi negara sebenarnya.
“Jika dilihat, sudah banyak yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat, contohnya bantuan rumah rakyat, (Persiapan Cubaan Transit Aliran Massa) MRT dan banyak lagi, ini semua dilakukan untuk membantu siapa kalau bukan mereka?” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Rakyat harus faham
Tambahnya lagi, rakyat sendiri harus buka mata dan lihat sendiri perubahan yang kini ada di depan mata mereka mengenai kemajuan di dalam negara ini
“Buka mata dan lihat sekeliling, apa pembaharuan yang ada kini? Kita ada MRT, kita ada kereta api laju, semua itu satu keperluan untuk rakyat.
“Kerajaan kini ingin kurangkan penggunaan kereta di atas jalan raya, sebab itu mereka fokus tingkatkan kualiti pengangkutan awam. Dengan gunakan pengangkutan awam, ia lebih menjimatkan,” katanya lagi.
Tidak apa keluar belanja
Selain itu, beliau mendakwa bahawa tidak apa jika terpaksa berbelanja lebih asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada rakyat.
“Mengenai MRT, saya melihat ia sebagai satu perancangan yang baik untuk rakyat, jika ia sesuatu yang baik maka mengapa kos perlu menjadi isu di sini?
“Pada pendapat saya, tidak apa keluar belanja asalkan ia memberikan satu kemudahan yang baik untuk rakyat,” katanya.
Rakyat harus berubah
Menurutnya lagi, sehebat mana pun teknologi kini, semuanya tidak berhasil jika rakyat sendiri yang tidak berubah dan masih berfikiran di takuk lama.
“Apa yang saya maksudkan ialah rakyat sendiri kena sedar dan faham kemampuan diri, jika tidak mampu, tangguh dahulu dan utamakan apa yang penting.
“Apa yang saya lihat kini, orang ramai sanggup mengimport dari luar negara barang-barangan mereka, semua ini salah sendiri jika tidak pandai menguruskan kewangan,” katanya lagi.
Kurangkan politik
Katanya lagi, isu ekonomi ini selalu menjadi besar apabila ia dipolitikkan seterusnya menjadi tempat para pemimpin berdebat mengenainya.
“Apabila isu minyak petrol, kos sara hidup, MRT dan lain-lain dipolitikkan, maka ia akan jadi besar. Di samping itu, para pemimpin hanya bercakap isu ini dari sudut pandangan politik, sebab itu ia kelihatan teruk.
“Oleh itu, seharusnya kurangkan politik itu dan fokus pada perkara yang lebih penting,” tambahnya lagi
Demikianlah Artikel Tahun 2017 akan jadi tahun yang baik
Sekianlah artikel Tahun 2017 akan jadi tahun yang baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tahun 2017 akan jadi tahun yang baik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/tahun-2017-akan-jadi-tahun-yang-baik.html