Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH'

Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH'
link : Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH'

Baca juga


Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH'

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Aksi sekumpulan remaja memanjat papan tanda Ipoh viral di media sosial beberapa hari laluAksi sekumpulan remaja memanjat papan tanda Ipoh viral di media sosial beberapa hari lalu


Penjara bukan penyelesaian kepada sekumpulan remaja yang memanjat papan tanda Ipoh hingga menjadi viral sejak beberapa hari lalu, kata seorang pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).

 Norwani Ahmat Norwani Ahmat Norwani Ahmat sebaliknya mencadangkan mereka didenda dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan serta diajar ciri-ciri keselamatan sewaktu melakukan aktiviti memanjat.

"Tidak perlu dipenjara remaja-remaja berani ini. Perbuatan tersebut memang salah kerana membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

"Saya syorkan remaja-remaja ini didenda dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan. Minta mereka cuci
dan cat menara atau kubah masjid, bersihkan cermin bangunan-bangunan yang tinggi dan cat bangunan-bangunan bersejarah yang ada di Malaysia.

"Bekalkan dan ajar mereka guna "safety harness" dan alat pelindung diri yang lain. Itu lagi bermanfaat untuk semua," tulis beliau di facebook hari ini.

Semalam, Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

Beliau berkata, siasatan itu bagi membolehkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-undang Kecil Vandalisme 1991 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Norwani yang juga ahli jawatankuasa pimpinan Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) juga berkata, tidak mustahil remaja-remaja ini akan menjadi orang yang hebat akibat kesilapan mereka.

"Mana tahu, anak-anak muda ini bakal jadi orang hebat akibat satu kesilapan mereka yang terlebih berani," katanya yang juga penulis buku Aku Pengamal OSH.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong hari ini berkata pihaknya telah menerima laporan daripada MBI iaitu pemilik papan tanda itu awal pagi tadi.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain, yang jika sabit boleh dihukum penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-dua sekali.

Salah seorang remaja terbabit mengakui tidak mengggunakan sebarang peralatan keselamatan ketika memanjat papan tanda tersebut



Demikianlah Artikel Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH'

Sekianlah artikel Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/tak-perlu-penjara-denda-kerja-kebajikan.html

Subscribe to receive free email updates: