Judul : Tindakan Trump buat malapetaka dunia makin dekat, kata saintis Jam Kiamat
link : Tindakan Trump buat malapetaka dunia makin dekat, kata saintis Jam Kiamat
Tindakan Trump buat malapetaka dunia makin dekat, kata saintis Jam Kiamat
ANTARAPOS.COMLONDON: Saintis berkata dunia makin hampir kiamat sejak tahun lalu berikutan landskap keselamatan yang makin mengerikan dan kenyataan dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Anggota Bulletin of the Atomic Scientists (BPA), sebuah jurnal akademik bukan teknikal, menggerakkan tangan minit Doomsday Clock atau Jam Kiamat yang bersifat simbolik dari tiga minit ke dua setengah minit ke waktu tengah malam.
Ini adalah kali kedua ia paling dekat ke tengah malam.
Ketua BPA, Rachel Bronson menyeru pemimpin dunia supaya “tenangkan keadaan dan elak meningkatkan ketegangan yang boleh mencetuskan peperangan”.
Dalam satu laporan, BPA berkata kenyataan Presiden Trump mengenai perubahan cuaca, mengembangkan senjata nuclear AS dan mempersoal kewibawaan agensi pengintipan telah menyumbang terhadap peningkatan risiko dunia.
Sejak 1953, ini adalah paling dekat Jam Kiamat menghampiri tengah malam, apabila tangan minit digerakkan dua minit sebelum tengah malam berikutan ujian bom hidrogen dilakukan oleh AS dan Russia.
Apakah Jam Kiamat (Doomsday Clock)?
Tangan minit pada Jam Kiamat adalah metafora bagaimana dunia adalah amat terdedah kepada malapetaka.
Alat bersifat simbolik itu dicipta oleh Bulletin of the Atomic Scientists (Buletin bagi Saintis Atom) atau BPA pada 1947.
BPA ditubuhkan di Universiti Chicago pada 1945 oleh sekumpulan saintis yang bekerjasama membuat senjata nuklear pertama.
Hari ini, kumpulan itu termasuk pakar fizik dan saintis alam sekitar dari seluruh dunia yang menentukan pergerakan jam berkenaan secara berunding dengan Lembaga Penaja mereka yang termasuk 15 penerima anugerah Nobel.
Mengapa ia bergerak setengah minit lebih dekat ke waktu tengah malam?
Sejak dua tahun lalu, tangan minit Jam Kiamat berada pada tiga minit sebelum tengah malam. Tetapi BPA menyatakan kemungkinan malapetaka dunia semakin meningkat pada 2017, maka mereka menggerakkan tangan minit itu ke depan sebanyak 30 saat.
Katanya, “Kenyataan mengerikan mengenai pengguna dan percambahan senjata nuklear yang dibuat oleh Donald Trump, serta penafian oleh Presiden AS serta ahli Kabinetnya terhadap ancaman perubahan cuaca yang terbukti oleh kajian sains, mempengaruhi keputusan lembaga, ditambah oleh kemunculan semangat kebangsaan seluruh dunia.
Lain-lain faktor yang disenaraikan dalam laporan BPA termasuk kekhuatiran terhadap masa depan perjanjian nukelar dengan Iran, ancaman terhadap keselamatan siber dan percambahan berita palsu.
Keputusan lembaga untuk menggerak kurang dari seminit adalah kerana Trump baru sahaja mengambil alih jawatan dan ramai anggota Kabinetnya masih belum menjalankan tugas dalam kerajaan.
Apabila diwujudkan pada 1947, tangan jam berkenaan berkedudukan tujuh minit sebelum tengah malam.
Sejak itu, ia telah berubah 22 kali, dari dua minit sebelum tengah malam pada 1953 hingga 17 minit sebelum tengah malam pada 1991.
Kali terakhir kedudukan jam diubah adalah pada 2015 apabila ia bergerak dari lima minit ke tiga minit sebelum tengah malam ketika dunia menghadapi malapetaka seperti perubahan cuaca dan percambahan ancaman nuclear.
Demikianlah Artikel Tindakan Trump buat malapetaka dunia makin dekat, kata saintis Jam Kiamat
Sekianlah artikel Tindakan Trump buat malapetaka dunia makin dekat, kata saintis Jam Kiamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tindakan Trump buat malapetaka dunia makin dekat, kata saintis Jam Kiamat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/tindakan-trump-buat-malapetaka-dunia.html