Umno mahu rampas Kelantan semula, guna kelemahan Pas

Umno mahu rampas Kelantan semula, guna kelemahan Pas - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno mahu rampas Kelantan semula, guna kelemahan Pas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno mahu rampas Kelantan semula, guna kelemahan Pas
link : Umno mahu rampas Kelantan semula, guna kelemahan Pas

Baca juga


Umno mahu rampas Kelantan semula, guna kelemahan Pas

 BORHAN AHMAD
 
 
Ketika ahli parlimen Pasir Mas, Nik Abduh bertaawun dengan Raja Nong Chik, Mustpha berkata Umno akan rampas Kelantan dari Pas.Ketika ahli parlimen Pasir Mas, Nik Abduh bertaawun dengan Raja Nong Chik, Mustpha berkata Umno akan rampas Kelantan dari Pas.

Ketika sesetengah pemimpin Pas dan Umno kelihatan berusaha mendekati antara satu sama lain, Umno Kelantan mempergiatkan usaha untuk merampas negeri Kelantan dari tangan Pas dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, Umno akan menggiatkan sesi penerangan kepada rakyat negeri itu dalam usaha menyedarkan mereka mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pas yang memerintah negeri itu sejak tahun 1990.

Mustapa berkata antara isu yang akan dibangkitkan kepada pengundi termasuklah masalah pemilikan tanah, setinggan dan kurangnya peluang ekonomi.

"Rakyat telah beri peluang kepada PAS untuk majukan Kelantan sejak 27 tahun lepas, namun masih tiada perubahan...kalau ada pun (pembangunan) ia jasa kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama anggota jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai semalam, lapor Bernama.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman.

Katanya, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Umno Kelantan akan memperkukuhkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) terutama di luar Kelantan bagi mendekati pengundi muda yang tinggal di luar negeri itu.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Umno turut merancakkan program mendekati golongan mahasiswa agar mereka tidak mudah dikelirukan dengan fitnah pembangkang.

Hubungan antara Umno dan Pas semakin intim sejak kebelakangan ini bermula dari presiden kedua-dua parti hingga ke beberapa pemimpin kedua-dua parti peringkat pusat.

Hubungan ini mula turun ke akar umbi walaupun sesetengah pihak dari kedua-dua parti itu menolak usaha taawun atau bekerjasama itu.

Yang terbaru, Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menyertai ketua Umno bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik dalam satu majlis di Lembah Pantai.

Di majlis itu, Nik Abduh yang diberikan peluang memberikan kuliahnya berkata, penyatuan antara Umno dan Pas ini menjadi sukar kerana adanya pihak yang melampau samada dalam Umno dan juga Pas.

"Hanya pihak yang melampau tidak suka kepada penyatuan ini," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, "Allah benarkan kita memerangi pihak yang melampau sehingga yang melampau balik kepada Allah."



Demikianlah Artikel Umno mahu rampas Kelantan semula, guna kelemahan Pas

Sekianlah artikel Umno mahu rampas Kelantan semula, guna kelemahan Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno mahu rampas Kelantan semula, guna kelemahan Pas dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/umno-mahu-rampas-kelantan-semula-guna.html

Subscribe to receive free email updates: