Walau dihina, PPBM tetap bertemu PAS Khamis ini

Walau dihina, PPBM tetap bertemu PAS Khamis ini - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Walau dihina, PPBM tetap bertemu PAS Khamis ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Walau dihina, PPBM tetap bertemu PAS Khamis ini
link : Walau dihina, PPBM tetap bertemu PAS Khamis ini

Baca juga


Walau dihina, PPBM tetap bertemu PAS Khamis ini

 
Ahli Majlis Tertinggi PPBM berkata parti itu cukup matang untuk beri peluang perdamaian dalam kalangan pembangkang.


tariq-ismail-pas


PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan tetap bertemu PAS pada Khamis ini walaupun akar umbi parti itu marah kerana PAS menghina Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tariq Ismail.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM itu berkata jika rundingan itu gagal, ia angkara PAS dan bukan PPBM atau Pakatan Harapan (PH).

“Kami meluat dan marah tetapi berdiam diri dan memberi peluang kepada rundingan yang sedang berjalan dengan PAS, tetapi ia tidak bermakna kita tidak menghormati pengerusi parti kita.

“Ia hanya bermakna kita cukup matang untuk memberi peluang perdamaian dalam pakatan pembangkang.
“Kita tidak memburuk-burukkan mereka atau melepaskan tembakan,” katanya kepada FMT.

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini mengkritik PPBM atas kesediaan mereka bekerjasama dengan PAS meskipun parti Islam itu menghina Dr Mahathir.

Zaid berkata PAS membayangkan bekas perdana menteri itu sebagai seorang yang tidak berguna malah memberitahu beliau supaya bertaubat dan tinggalkan DAP.

PAS dan DAP memutuskan hubungan akibat perbalahan mengenai hudud. PAS berikrar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti serpihan, Amanah.

PPBM dan PAS akan bertemu pada Khamis ini untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti pada pilihan raya umum akan datang.

Tariq berkata partinya mahu berlaku adil dengan mendengar syarat PAS kerana PPBM tidak mahu membuli parti lain dengan menerima syarat mereka.

Menjawab kenyataan Zaid mengenai PPBM mahu pertandingan 1 lawan 1 menentang BN di kerusi mereka, Tariq berkata situasi seperti itu sesuatu yang ideal.

Ini kerana katanya, BN pasti menang dalam pertandingan 3 penjuru.

“Walaupun BN hanya menang 40% undi di satu-satu kawasan, mereka tetap menang jika PAS raih 30% dan PH atau PPBM dapat 30%.

“BN tahu mereka memiliki sekurang-kurangnya 40% undi selamat di setiap kawasan kerana jumlah ahli mereka,” katanya.

Zaid dalam catatan blognya meramalkan PPBM tidak akan dapat memberi jaminan PAS tidak akan meletakkan calon melawan Amanah, DAP dan PKR pada PRU nanti.

“Zaid betul jika merasakan begitu, tetapi kita berusaha membentuk Barisan Rakyat yang memerlukan disiplin dalam kalangan parti komponen,” kata Tariq.

Tariq berkata hubungan kerja dan syarat dengan PAS akan dinyatakan atas kertas bagi memastikan perjanjian itu memberi manfaat kepada parti komponen dalam Barisan Rakyat.

“PKR juga sedang berunding dengan PAS dan saya percaya mereka menyampaikan kebimbangan yang sama,” katanya.

Katanya, belia sedar ramai, termasuk BN menantikan hasil mesyuarat PPBM dan PAS Khamis ini, yang tampak seperti “gadis cantik yang diminati semua orang”.

“Ketika gadis cantik itu tidak lagi menarik perhatian orang, dia akan terbiar keseorangan sama ada mahu bersama lelaki kaya yang buruk atau lelaki biasa yang menarik,” katanya.



Demikianlah Artikel Walau dihina, PPBM tetap bertemu PAS Khamis ini

Sekianlah artikel Walau dihina, PPBM tetap bertemu PAS Khamis ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Walau dihina, PPBM tetap bertemu PAS Khamis ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/walau-dihina-ppbm-tetap-bertemu-pas.html

Subscribe to receive free email updates: