Amanah cadang kaedah khas kawal kuasa PM

Amanah cadang kaedah khas kawal kuasa PM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah cadang kaedah khas kawal kuasa PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah cadang kaedah khas kawal kuasa PM
link : Amanah cadang kaedah khas kawal kuasa PM

Baca juga


Amanah cadang kaedah khas kawal kuasa PM

MALAYSIA DATELINE
 
 
Salahuddin AyubSalahuddin Ayub

Timbalan presidennya Salahuddin Ayub berkata perdana menteri dan anggota kabinet perlu dikawal selia oleh mekanisme yang berkesan di negara luar, seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan, yang membuatkan presiden “gerun” jika terpalit skandal.

Beliau memberikan contoh bagaimana Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye sedang bertarung dalam parlimen selepas dikaitkan dengan beberapa isu salah guna kuasa yang berkaitan kepentingan awam.

“Lebih menarik juga, Presiden Donald Trump turut mengundang dirinya sendiri untuk dilakukan impeachment oleh ahli-ahli kongres akibat daripada polisinya menghalang orang dari tujuh buah negara Islam memasuki Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi mencapai matlamat ini katanya, penggubal undang-undang iaitu ahli-ahli parlimen, pengamal undang-undang yang berpengaruh seperti para hakim, peguam dan cendekiawan perundangan harus tampil memberikan idea demi kepentingan rakyat dan negara.

"Golongan ini perlu bangun bersuara dan berjuang mewujudkan kaedah atau Undang-undang Impeachment di negara tercinta ini," katanya lagi.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, pertuduhan pemecatan tidak diperuntukkan dalam mana-mana akta atau peraturan di Malaysia dan mungkin hanya boleh dilakukan jika perlembagaan dipinda atau Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat diolah semula.

“Kelebihan undang-undang impeachment ialah memberikan kuasa kepada parlimen untuk menjalankan peranan semak dan imbang kepada kuasa perdana menteri dan jemaah menteri sekiranya mereka terlibat dengan pelbagai skandal salah guna kuasa.

“Ini juga akan mengangkat wibawa dan integriti parlimen di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sekarang ini, usaha menyingkirkan perdana menteri cuba dibuat melalui usul undi tidak percaya di parlimen.



Demikianlah Artikel Amanah cadang kaedah khas kawal kuasa PM

Sekianlah artikel Amanah cadang kaedah khas kawal kuasa PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah cadang kaedah khas kawal kuasa PM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/amanah-cadang-kaedah-khas-kawal-kuasa-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :