Judul : Bekas SUK Johor nafi dipanggil SPRM
link : Bekas SUK Johor nafi dipanggil SPRM
Bekas SUK Johor nafi dipanggil SPRM
ANTARAPOS.COM
JOHOR BAHRU: Bekas Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, menafikan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu.
Memetik BH Online, Ismail menafikan dakwaan yang tersebar luas kononnya beliau antara penjawat awam kerajaan negeri yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
"Tak ada (dipanggil SPRM beri keterangan). Saya tak ada kena mengena dengan isu ini," katanya.
Sementara itu, tiada kelibat pegawai atau anggota SPRM memasuki Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan dan Pejabat Tanah Galian di Kota Iskandar di sini, walaupun khabar angin tersebar menyatakan pihak SPRM akan menyerbu pejabat terbabit.
Jumaat lalu, SPRM menahan enam individu kerana dipercayai terbabit dalam skandal rasuah dan penyelewengan berkaitan hartanah di Johor.
Suspek berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam operasi serentak yang dilancarkan SPRM kira-kira jam 8.30 pagi.
Menurut sumber SPRM, semua suspek yang ditahan itu dipercayai terbabit dalam penipuan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera sejak tahun 2013.
Demikianlah Artikel Bekas SUK Johor nafi dipanggil SPRM
Sekianlah artikel Bekas SUK Johor nafi dipanggil SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas SUK Johor nafi dipanggil SPRM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/bekas-suk-johor-nafi-dipanggil-sprm.html