Gimik saya buat bukan untuk populariti: Jamal

Gimik saya buat bukan untuk populariti: Jamal - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gimik saya buat bukan untuk populariti: Jamal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gimik saya buat bukan untuk populariti: Jamal
link : Gimik saya buat bukan untuk populariti: Jamal

Baca juga


Gimik saya buat bukan untuk populariti: Jamal

Jamal Md Yunos.
Jamal Md Yunos. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABD RAHIM


SHAH ALAM – Sejak insiden memakai tuala di hadapan pintu pejabat SUK, kemudian membawa katil dan terbaharu van jenazah, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dilihat antara individu 'kreatif' ketika melakukan demonstrasi.


Tidak lagi hanya menjerit dengan membawa sepanduk, Jamal membuat kelainan dengan idea lebih kreatif, membawa 'props' yang bersesuaian dengan mesej yang hendak disampaikan.

Ketika ditanya mengenai idea-idea itu semasa sesi temu bual eksklusif bersama Sinar Online, Jamal berkata, itu sememangnya ada dalam bidang tugasnya sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Jamal kongsi kisah makan sayur tawar di lokap]

“Saya ini orang bisnes. Saya banyak terlibat secara langsung dalam pengiklanan. Jadi apabila sudah terbiasa dengan kerja-kerja iklan, otak kita jadi kreatif untuk memikirkan apakah yang boleh memberi impak pada apa juga yang kita lakukan.

“Itulah terhasilnya gimik-gimik yang dapat dilihat sebelum ini. Tetapi, saya bukan nak publisiti, apa yang penting, mesej saya sampai kepada kerajaan negeri untuk berbuat sesuatu, membetulkan keadaan,” katanya.

Jelasnya, sejak berkecimpung dalam dunia perniagaan pada usia awal 20-an, Jamal sudah biasa dengan idea-idea kreatif.

“Saya buat benda yang boleh memberi impak. Saya tak rugi apa-apa, malah saya bersyukur apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat.

“Saya mahu rakyat Selangor tidak lagi dibebani pelbagai isu yang sememangnya boleh ditangani dengan baik kerajaan negeri. Namun, ia tidak diendahkan, kerana itu saya tampil mewakili suara rakyat,” katanya.

Jelasnya, setiap apa yang dilakukan adalah dengan niat yang baik.

“Saya tak kisah dicemuh, dihina atau dicaci sekalipun. Saya rela diperkatakan begitu. Saya memang tak harap pujian pun.

“Saya reda kerana inilah jalan yang saya pilih. Bagi saya, asalkan rakyat Selangor dapat manfaat, itu sudah memadai,” katanya.





Demikianlah Artikel Gimik saya buat bukan untuk populariti: Jamal

Sekianlah artikel Gimik saya buat bukan untuk populariti: Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gimik saya buat bukan untuk populariti: Jamal dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/gimik-saya-buat-bukan-untuk-populariti.html

Subscribe to receive free email updates: