Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM

Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM
link : Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM

Baca juga


Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM

MALAYSIA DATELINE
 
 
Hadzril Ridzal HusinHadzril Ridzal Husin

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Johor memuji tindakan Jabatan Pendidikan Johor yang mahu pihak sekolah menyediakan khidmat kaunseling kepada remaja-remaja yang terbabit dengan aktiviti berbasikal pada waktu malam dan menyiasat penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti luar.

Namun, jabatan tidak sepatutnya hanya membebankan guru-guru semata-mata sebaliknya peranan ibu bapa dan masyarakat juga sangat penting dalam membendung gejala sebegini terutamanya jika insiden atau perlakuan tersebut berlaku di luar waktu persekolahan.

"Kecuaian ibu bapa dalam mengawasi anak-anak membolehkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kerajaan juga perlu melihat akta kanak-kanak agar ibu bapa menyedari tanggungjawab mereka untuk bukan sahaja memberikan perlindungan bahkan untuk memantau dan mengawasi aktiviti harian kanak-kanak," kata penyelaras SAMM Johor, Hadzril Ridzal Husin.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit, SAMM Johor turut menyeru remaja-remaja berbasikal dan ibu bapa menjadikan kemalangan tragis ini sebagai satu iktibar dan pengajaran dan memberikan perhatian terhadap aktiviti anak-anak pada waktu malam.

Selain itu katanya, kerajaan juga perlu melihat kepada kegagalan menguruskan ekonomi negara kerana keadaan ekonomi negara yang suram ini dengan bebanan kos sara hidup yang melambung tinggi terutama di bandar-bandar besar telah menyebabkan ibu bapa terpaksa mencari kerja tambahan.

"Akibatnya, anak-anak kurang diberikan perhatian dan pemantauan sehingga menjadikan mereka terdedah kepada risiko terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah semenjak dari awal usia remaja lagi.

"SAMM Johor menggesa semua pihak, daripada ibu bapa, masyarakat dan kerajaan untuk bersama-sama mengambil iktibar daripada tragedi menyayat hati ini," katanya lagi.

Dalam kejadian 3 pagi semalam, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu seorang wanita mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.

Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.



Demikianlah Artikel Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM

Sekianlah artikel Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan hanya bebankan guru kawal aktiviti remaja - SAMM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/jangan-hanya-bebankan-guru-kawal.html

Subscribe to receive free email updates: