KP JPJ ulangi akan sita ‘Dego Ride’

KP JPJ ulangi akan sita ‘Dego Ride’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KP JPJ ulangi akan sita ‘Dego Ride’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KP JPJ ulangi akan sita ‘Dego Ride’
link : KP JPJ ulangi akan sita ‘Dego Ride’

Baca juga


KP JPJ ulangi akan sita ‘Dego Ride’

THE MALAYSIAN TIMES

dego ride


PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Seri Nadzri Siron hari ini mengulangi ingatan jabatan itu akan menyita motosikal yang dijadikan teksi susulan pengharaman perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dego Ride.

Katanya perkara itu telah dimaklumkan kepada pemilik syarikat ketika mereka hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini pada 21 Jan.

“Kerajaan telah mengarahkan perkhidmatan Dego Ride dihentikan atas faktor keselamatan, diikuti langkah advokasi dan saman yang dibuat JPJ ke atas pemilik motosikal.

“Kita juga telah memberi penerangan kepada pengendali dalam aspek keselamatan dan penggunaan motosikal sebagai kenderaan pengangkutan…dan jika masih diteruskan tindakan sita terhadap motosikal boleh diambil mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya setakat ini pihaknya mengeluarkan saman kepada tiga pemilik motosikal yang menyediakan perkhidmatan teksi motosikal kerana melanggar syarat Lesen Kenderaan Motor.

Dua daripada mereka disaman di sekitar Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Selangor dan ketiga-tiga mereka akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan, katanya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini telah memberi amaran kepada syarikat
perkhidmatan teksi motosikal itu agar tidak mencabar undang-undang negara setelah diarahkan menghentikan perkhidmatan tersebut atas faktor keselamatan.

Dego ride yang beroperasi menggunakan aplikasi maya, diperkenalkan pada November lepas dan semakin popular dalam kalangan warga kota sebagai alternatif pengangkutan awam yang murah dan pantas untuk mengatasi masalah kesesakan di ibu negara.

Perkhidmatan yang menyamai ‘ojek’ di Indonesia dan ‘motorsai rap chang’ di Thailand itu menawarkan tambang serendah RM2.50 untuk perjalanan sejauh tiga kilometer dan tambahan RM0.60 bagi setiap kilometer berikutnya.

Terdahulu, Nadzri melancarkan Pelan Integriti JPJ 2016-2020 yang antara lain bertujuan membentuk anggota JPJ yang berintegriti bagi membendung gejala rasuahdan penyelewengan.

Pelan itu katanya menggariskan lima strategi teras serta 26 program untuk memacu pembudayaan integriti dan tadbir urus terbaik dalam sistem penyampaian jabatan.

Beliau berkata pelan akan disemak semula selepas dua tahun pelaksanaannya bagi memastikan keberkesanan.

Ditanya tahap integriti anggota JPJ khususnya berkaitan rasuah dan penyelewengan ketika ini, Nadri berkata sebagai organisasi berteraskan penguatkuasaan dan perkhidmatan beliau mengakui jabatan itu tidak sepenuhnya bebas ketirisan.

“Kita tidak kata JPJ 100 peratus tidak ada ketirisan, ada sebilangan kecil kes tetapi ia bukan perbuatan rasuah sebaliknya hanya tidak mematuhi prosedur operasi standard perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 64 tindakan tatatertib diambil terhadap anggota JPJ pada tahun lepas daripada lebih 7,800 petugas di seluruh negara.  — Bernama



Demikianlah Artikel KP JPJ ulangi akan sita ‘Dego Ride’

Sekianlah artikel KP JPJ ulangi akan sita ‘Dego Ride’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KP JPJ ulangi akan sita ‘Dego Ride’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/kp-jpj-ulangi-akan-sita-dego-ride.html

Subscribe to receive free email updates: