Laut dan tanah subur, makanan mahal

Laut dan tanah subur, makanan mahal - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laut dan tanah subur, makanan mahal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laut dan tanah subur, makanan mahal
link : Laut dan tanah subur, makanan mahal

Baca juga


Laut dan tanah subur, makanan mahal

 Oleh USTAZ IDRIS AHMAD




Semua rakyat merungut mengenai harga barang keperluan harian yang naik mendadak. Di mana salahnya, sehingga ia menjadi tekanan hidup kepada rakyat biasa. Apa yang kerajaan buat? Kita bukan bercakap soal R&D yang memerlukan kos yang mahal untuk menyediakannya. Tetapi kita hendak tahu apa yang kerajaan buat untuk cukup makanan rakyat sendiri.

Malaysia dikelililingi laut, tetapi ikan kembung sekilogram RM20, bukan ikan bawal, siakap, jenahak, udang dan sotong. Tanah subur tetapi import makanan setahun RM22 bilion. Rumput menghijau tetapi lembu import daripada Thailand dan Kemboja. Harga mencecah sehingga RM4,000 hingga RM5,000 terutama musim Aidil Adha. Daging beku import daripada India. Belanda hanya sebesar negeri Pahang tetapi pengeksport bahan tenusu terbesar di dunia.

Apa sudah jadi negara kita? Penduduk hanya 30 juta, mempunyai hasil daripada laut hingga ke gunung. Harga makanan meningkat, kerana terpaksa bergantung dengan negara luar. Berapa banyak pengaliran wang ke negara luar, akhirnya imbangan dagangan sudah tempang. Ia juga memberi kesan kepada tukaran wang dengan negara luar.

Makanan ruji beras, apakah serius kerajaan berhasrat untuk mencapai tahap sara diri (SSL) beras tempatan yang disasarkan kepada 85% menjelang tahun 2020. Apa usaha kerajaan telah lakukan mengenai 120,000 hektar tanah terbiar. Apakah tidak ada jalan untuk menukar tanah ini untuk tanaman padi, pakar-pakar mesti dipanggil untuk memberi nasihat? Ia melibatkan keselamatan dalam makanan.

Cukuplah dasar campur tangan politik dan utamakan kroni dihentikan untuk survival industri makanan. Berikan kepada mereka yang ahlinya. Isu NFC melibatkan RM250 juta memberi pengajaran kepada kita.

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) biarlah diurus dengan profesional. Perlu buta warna, merentasi blok politik. Uruskanlah secara profesional.

Kerajaan perlu melihat kepada projek pertanian dan permakanan yang diberi peruntukan gagal. Kenapa berlaku begini? Matlamatnya baik tetapi diuruskan oleh mereka yang tidak amanah dan bukan ahlinya.  Akhirnya rakyat menderita sekarang. Walaupun keadaan sudah parah, tetapi perlu dikembalikan ke pangkal jalan untuk elak lebih parah.

* USTAZ IDRIS AHMAD, Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang




Demikianlah Artikel Laut dan tanah subur, makanan mahal

Sekianlah artikel Laut dan tanah subur, makanan mahal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laut dan tanah subur, makanan mahal dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/laut-dan-tanah-subur-makanan-mahal.html

Subscribe to receive free email updates: