Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin

Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin
link : Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin

Baca juga


Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin

Isma Web ·

 


“Yang jadi masa lampau adalah sejarah. Tapi yang sedang berlaku sekarang lebih penting sebab ia sedang bebankan kehidupan rakyat jelata.” Demikian kata bekas Ketua Pengarang New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin.

Menyindir keputusan Kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dagangan tukaran wang asing (forex) pada 1990-an, beliau berkata, niat penubuhan itu adalah untuk menunjukka
n kesalahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pada 30 Disember lalu, rizab Bank Negara hanya tinggal AS$94.6 bilion saja iaitu paras paling rendah sejak tahun 2010, di mana Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak tahun 2009.

“Dalam tempoh 2015-2016 rizab Bank Negara merosot daripada lebih kurang AS$140 bilion (RM630 bilion) kepada AS$94.6 bilion (RM433.8 bilion). Ertinya dah jatuh AS$45 bilion lebih atau RM202.5 bilion.

“Kerugian forex tahun 1990-an adalah RM30 bilion pada kadar tukaran masa itu. Bila rizab jatuh, nilai ringgit pun jatuh. Bila nilai ringgit jatuh, harga import naik harga eksport turun. Pasal itu harga barang-barang import macam beras, gandum, jagung, susu dan daging naik.

“Hari ini masalah paling besar rakyat jelata adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Kejatuhan nilai ringgit serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah dua punca utama kenaikan harga pengguna,” katanya pada Sabtu lalu.

Kadir mempersoalkan apakah nilai ringgit merudum dan harga barang melambung apabila Bank Negara kerugian AS$12 bilion (RM30 bilion) pada tahun 1990-an?

“Jawabnya tidak. Malah rakyat jelata tak tahu dan tak rasa pun pasal masa itu nilai duit tak merudum dan harga barang tak melambung,” katanya.

Beliau berkata, tetapi di bawah kelolaan transformasi Najib, ringgit merudum manakala harga barangan melambung sehingga menyusahkan rakyat.

“Badan Petugas Najib tak mulakan lagi kerja yang nawaitunya nak londeh Dr Mahathir tapi yang terlondeh adalah Najib sendiri. Inilah bahana buat kerja niat songsang, strategi lintang-pukang dan penasihat bangang.

Katanya, pada 8 Disember lalu, Bank Negara mengaku rizab asingnya jatuh sebanyak AS$1.9 bilion (kira-kira RM8.4 bilion) iaitu daripada AS$98.3 bilion (RM442.35 bilion) kepada AS$96.4 bilion (RM433.8 bilion).

Kerugian lebih RM8 bilion itu berlaku sebab Bank Negara guna rizabnya untuk menyekat kejatuhan kadar tukaran ringgit, tetapi gagal.

“Jadi selain menyiasat kegiatan forex tahun 1990-an itu, pihak-pihak yang kena siasat boleh tanya mengenai kegiatan forex yang sedang berlaku sekarang.

“Nak tanya pasal skandal 1MDB dan SRC International pun boleh juga sebab dua skandal bilion ringgit itu adalah antara punca nilai ringgit jatuh. Bila Bank Negara cuba nak sekat kajatuhan ringgit, Bank Negara pula rugi,” katanya.



Demikianlah Artikel Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin

Sekianlah artikel Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/nak-londeh-mahathir-najib-terlondeh.html

Subscribe to receive free email updates: