Judul : Penduduk salahkan Ku Nan kerana aktiviti Mat Rempit
link : Penduduk salahkan Ku Nan kerana aktiviti Mat Rempit
Penduduk salahkan Ku Nan kerana aktiviti Mat Rempit
MALAYSIAKINISelepas Tengku Adnan Mansor membuat cadangan itu tepat setahun lalu, Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz mencadangkan jalan sepanjang dua kilometer antara Taman Metropolitan Batu dan Kampung Batu Muda bagi tujuan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian bertemu Tengku Adnan berikutan cadangan tersebut, tetapi tiada khabar berita selepas itu.
Sejak itu, golongan Mat Rempit mula berkumpul di lokasi yang dicadangkan di Jalan 1 / 18D, atas kehendak mereka sendiri, sehingga membangkitkan kemarahan penduduk tempatan.
Nasib agak baik bagi penduduk di Taman Metropolitan Batu kerana kawasan perumahan itu agak ekslusif dan jalan berkenaan hanya jalan sampingan.
Tetapi bagi penduduk bersebelahan di Taman Mastiara, mereka bergantung kepada laluan itu sebagai jalan utama.
Naib Ketua PKR Batu Johny Puah dan penolong setiausaha DAP Kuala Lumpur, Yew Jia Haur hari ini membangkitkan kisah penduduk tempatan dan menuntut Tengku Adnan bertanggungjawab kerana menganggu malam mereka.
"Beberapa hari selepas Tengku Adnan cadang supaya mencari tempat di KL untuk Mat Rempit, Datuk Bandar kita umum (trek itu) di (Taman) Mastiara.
"Selepas cadangan itu, setiap malam sehingga sekarang, Mat Rempit menggunakan jalan itu untuk berlumba. Penduduk di sini tidak boleh menerima ini lagi," kata Yew kepada wartawan.
Puah berkata beberapa aduan telah dibuat tetapi tidak berjaya.
"Kami telah buat laporan, dan seorang pegawai dari balai polis Jinjang berkata pihak polis tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.
Puah berkata, bunyi bising daripada motosikal yang diubahsuai mengganggu penduduk tempatan.
"Pelumba juga kelihatan sangat muda, kira-kira lima belas hingga awal dua puluhan," katanya.
Malaysiakini juga menemui beberapa penduduk tempatan, yang menyuarakan kekecewaan mereka.
"Rumah saya menghadap secara langsung di hadapan 'trek' itu.
"Kamu datang sini untuk satu malam, lihat dan kamu akan tahu mimpi ngeri yang saya lalui," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Soo.
Demikianlah Artikel Penduduk salahkan Ku Nan kerana aktiviti Mat Rempit
Sekianlah artikel Penduduk salahkan Ku Nan kerana aktiviti Mat Rempit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penduduk salahkan Ku Nan kerana aktiviti Mat Rempit dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/penduduk-salahkan-ku-nan-kerana.html