Judul : Pengubah lagu bimbang selepas lirik diubah sebut kes pembunuhan Kim
link : Pengubah lagu bimbang selepas lirik diubah sebut kes pembunuhan Kim
Pengubah lagu bimbang selepas lirik diubah sebut kes pembunuhan Kim
Jovi Theng, seorang penyanyi dan pengubah lagu Malaysia bimbang selepas lirik sebuah lagu gubahannya telah ditukar. Lirik baru itu kini menyebut kes pembunuhan Kim Jong-nam.
"Kes pembunuhan itu adalah satu isu yang agak sensitif, saya bimbang lagu dan video yang diubah itu akan mendatangkan masalah kepada saya," kata Theng yang sedang bercuti di Pulau Pinang.
Dengan ditemani peguamnya Cheah Eng Soon, Theng membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Pattani semalam, "untuk melindungi dirinya".
Theng hanya menyedari seseorang telah mengubah lagu gubahannya itu tanpa kebenaran selepas seorang rakannya menghantar link video lagu itu kepadanya.
"Nama saya disebut dalam video sebagai pengubah lagu itu, tetapi lirik telah diubah untuk menggambarkan isu sensitif antara Malaysia dan Korea Utara yang berlaku baru-baru ini - kes pembunuhan Kim Jong-nam," kata Theng.
"Orang yang bertanggungjawab melakukan perubahan itu, mungkin tidak tahu apakah akibat daripada berbuat demikian, tetapi ia mungkin mendatangkan masalah yang tidak perlu kepada saya.
"Ia membimbangkan saya kerana saya tidak tahu apa motif dan tujuannya," katanya.
"Untuk melindungi diri saya, saya membuat laporan polis, jadi apa jua yang berlaku pada masa akan datang, tiada kaitan dengan saya kerana saya sama sekali tidak menyedari perkara itu sebelum ini."
Lagu 'Hai Xiao' (Tsunami dalam bahasa Mandarin), dinyanyikan oleh artis pop rock Taiwan, Harlem Yu. Lirik asal ditulis oleh seorang lagi penulis lirik Taiwan, Adam Hsu.
"Yu juga diseret sama kerana video itu menyebut namanya dan nama saya," kata Theng.
"Orang asing mungkin tidak memahami keadaan sebenar, (merujuk kepada lirik yang diubah itu), ini boleh mendatangkan masalah di luar jangkaan," katanya.
Theng juga menganggap perbuatan itu sebagai pelanggaran hak cipta.
Bagaimanapun, keutamaannya adalah untuk menjelaskan bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap perubahan yang dilakukan terhadap lagu dan video itu.
Demikianlah Artikel Pengubah lagu bimbang selepas lirik diubah sebut kes pembunuhan Kim
Sekianlah artikel Pengubah lagu bimbang selepas lirik diubah sebut kes pembunuhan Kim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengubah lagu bimbang selepas lirik diubah sebut kes pembunuhan Kim dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/pengubah-lagu-bimbang-selepas-lirik.html