Judul : Proses permohonan BR1M dijangka selesai 28 Februari
link : Proses permohonan BR1M dijangka selesai 28 Februari
Proses permohonan BR1M dijangka selesai 28 Februari
ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Pemprosesan permohonan 3,123,950 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka selesai pada 28 Februari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kepada yang masih belum menerima BR1M atau status mereka masih dalam proses, iaitu seramai 3,123,950, pemprosesan permohonan BR1M anda dijangka selesai pada 28 Februari ini.
"Bagi yang dah menerima BR1M, saya harap dapat dibelanjakan dengan berhemah, Insya-Allah," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam tadi.
Pembayaran BR1M bagi 2017 secara baucar dibuat pada 18 Februari manakala pembayaran secara terus ke akaun bank dibuat mulai 22 Februari lepas.
BR1M, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.
Bagi BR1M tahun ini, bantuan itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.
Demikianlah Artikel Proses permohonan BR1M dijangka selesai 28 Februari
Sekianlah artikel Proses permohonan BR1M dijangka selesai 28 Februari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Proses permohonan BR1M dijangka selesai 28 Februari dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/proses-permohonan-br1m-dijangka-selesai.html