RUU 355: 9 lawan 20 pidato hari ini

RUU 355: 9 lawan 20 pidato hari ini - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU 355: 9 lawan 20 pidato hari ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU 355: 9 lawan 20 pidato hari ini
link : RUU 355: 9 lawan 20 pidato hari ini

Baca juga


RUU 355: 9 lawan 20 pidato hari ini

 ARIF ATAN
 
 
Himpunan balas kepada himpunan RUU 355Himpunan balas kepada himpunan RUU 355

Himpunan Rakyat Tolak Usul Hadi yang berlangsung serentak dengan program anjuran Pas petang ini akan menampilkan sembilan pemidato.

Bertempat di Tasik Taman Jaya di Petaling Jaya, mereka terdiri daripada pengamal undang-undang, aktivis dan ahli politik berbilang kaum.

Senarai pemidato terbabit adalah peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, Siti Kasim, Haris Ibrahim, Azira Aziz dan Vince Tan.

Turut serta aktivis Azrul Mohd Khalib dan Boo Su-Lyn serta ahli DAP, Zaid Ibrahim dan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong.

Andy walau bagaimanapun memberitahu kehadirannya dalam program anjuran NGO Bebas itu bukan mewakili parti sebaliknya atas kapasiti peribadi.

Himpunan bermula pukul 3 hingga 5 petang itu merupakan reaksi pihak yang membantah usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Himpunan RUU 355 di Padang Merbok bermula pukul 2 petang hingga 11 malam bakal menampilkan sebanyak 20 pidato terdiri daripada pertubuhan dalam Pas dan NGO sebelum diakhiri Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Himpunan RUU 355Himpunan RUU 355

Tahun lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang bertindak menangguhkan pembentangan usul pindaan Akta 355 sebanyak dua kali walaupun berpeluang meneruskannya.

Penangguhan pertama pada 26 Mei iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kali kedua Hadi menunda huraian mengenai usul terbabit pada 24 November lalu dengan memberitahu dalam sidang media partinya akan menganjurkan himpunan aman raksasa sebelum parlimen bersidang pada Mac akan datang.

Walau bagaimanapun, Presiden Umno Datuk Seri Najib pada ucapan dasarnya sempena perhimpunan agung parti itu akhir tahun lalu berkata, pindaan Akta 355 akan diambil alih pihak kerajaan.



Demikianlah Artikel RUU 355: 9 lawan 20 pidato hari ini

Sekianlah artikel RUU 355: 9 lawan 20 pidato hari ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU 355: 9 lawan 20 pidato hari ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/ruu-355-9-lawan-20-pidato-hari-ini.html

Subscribe to receive free email updates: