Judul : SPRM tahan bekas pemandu kastam
link : SPRM tahan bekas pemandu kastam
SPRM tahan bekas pemandu kastam
MALAYSIAKINISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang menahan seorang lelaki semalam kerana menerima rasuah bernilai RM2,500 dengan menyamar sebagai pegawai kastam.
Lelaki berumur 52 tahun itu ditahan selepas menerima wang suapan daripada seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng, dekat Batu Pahat, kira-kira pukul 2.30 petang.
Difahamkan, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kastam dan meminta mangsa yang merupakan peniaga membayar wang berjumlah RM2,500 supaya tidak mengambil tindakan terhadap kedainya di Paloh, Kluang kerana menjual rokok dan arak tanpa cukai sah daripada kastam.
Lelaki tersebut yang merupakan bekas pemandu Jabatan Kastam Diraja Malaysia didapati sudah dibuang kerja, tahun lepas.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata pihaknya akan memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kluang, esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Kes berkenaan katanya disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.- Bernama

Demikianlah Artikel SPRM tahan bekas pemandu kastam
Sekianlah artikel SPRM tahan bekas pemandu kastam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM tahan bekas pemandu kastam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/sprm-tahan-bekas-pemandu-kastam.html