Judul : Tun Mahathir buat kejutan lagi
link : Tun Mahathir buat kejutan lagi
Tun Mahathir buat kejutan lagi
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Selepas mencuri tumpuan banyak pihak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menggunakan modus operandi yang sama.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tiba-tiba muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kononnya untuk memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kini sedang dalam perbicaraan berhubung saman Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ketika waktu rehat Dr Mahathir dan Anwar berjumpa dengan mereka dilaporkan berbincang mengenai isu politik semasa tanah air.
Dr Mahathir ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mereka komited untuk mengukuhkan pembangkang.
"Kita (PPBM) komited untuk mengukuhkan pembangkang," kata bekas Perdanan Menteri itu.
"Mengenai pertemuan kami, kami berdua bersetuju mengenai hal-ehwal politik semasa negara, dan bahawa PM Najib harus pergi kerana dia menjual negara ini," katanya.
Dr Mahathir kini dihambat kontroversi apabila dikatakan mengadakan rundingan sulit dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menaikkan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon perdan menteri, jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.
Rundingan itu dibuat dikala semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk menobatkan Anwar sebagai calon perdana menteri, jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
Terdahulu sebelum prosiding mahkamah bermula, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertemu Anwar.
Demikianlah Artikel Tun Mahathir buat kejutan lagi
Sekianlah artikel Tun Mahathir buat kejutan lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir buat kejutan lagi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/tun-mahathir-buat-kejutan-lagi.html