Judul : Video Jong-nam tersebar, menteri salahkan MAHB
link : Video Jong-nam tersebar, menteri salahkan MAHB
Video Jong-nam tersebar, menteri salahkan MAHB
OLEH ERMIZI MUHAMADSHAH ALAM-Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebaran rakaman video detik terakhir kematian Kim Jong-nam daripada kamera litar tertutup (CCTV) ke tangan media asing.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, walaupun polis membuat kawalan di Lapangan Terbang Antarabarangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), namun MAHB bertangungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan di lapangan terbang itu.
“Ini yang perlu kita siasat (siapa yang mengedarkan CCTV itu) kerana ia bukan daripada polis. MAHB yang menguruskan lapangan terbang berkenaan.
“Pihak yang melantik petugas keselamatan adalah MAHB dan polis kini menyiasat MAHB berhubung individu yang menyebarkan rakaman berkenaan.
“Saya tidak mahu polis dipersalahkan atas penyebaran video berkenaan kerana MAHB perlu bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media, lapor Bernama.
Terdahulu, The Guardian melaporkan stesen televisyen Jepun, Fuji TV sebagai media pertama menayangkan video berdurasi 2 minit 45 saat itu.
Menerusi rakaman berkenaan, Jong Nam dilihat tiba di ruang legar balai berlepas sambil melihat skrin memaparkan jadual penerbangan.
Demikianlah Artikel Video Jong-nam tersebar, menteri salahkan MAHB
Sekianlah artikel Video Jong-nam tersebar, menteri salahkan MAHB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video Jong-nam tersebar, menteri salahkan MAHB dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/video-jong-nam-tersebar-menteri.html