Judul : Warkah balas Muhyiddin memang angkuh dan sombong’
link : Warkah balas Muhyiddin memang angkuh dan sombong’
Warkah balas Muhyiddin memang angkuh dan sombong’
ULASAN l Seperti perumpamaan, ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan tangan’, maka warkah balas Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada titah Tuanku Sultan Johor jelas membuktikan dia ‘kaki lawan’.
Muhyiddin benar benar terasa pedasnya. Itu membuktikan memang dia yang memakan cilinya.
Isu utama yang dipersoalkan oleh Muhyiddin dalam warkahnya itu ialah isu "angkuh dan sombong". Dia menganggap Tuanku menyindirnya sebagai seorang yang angkuh dan sombong.
Menulis warkah terbuka sebenarnya membuktikan Muhyiddin memang angkuh dan sombong.
Dia boleh memohon perkenan Tuanku untuk menghadap jika mahu membuat penjelasan. Bagi rakyat Johor, umum mengetahui sikapnya terhadap istana semasa menjadi menteri besar sebab itu dia berpindah ke pusat.
Muhyiddin secara angkuh dan sombong hanya sekadar mengambil secebis dari cerita pembangunan negeri Johor, sedangkan ada beberapa perkara di bawah pentadbirannya yang menghantui bangsa Johor hingga ke hari ini.
Dana Johor yang diperkenalkan oleh beliau menyebabkan rakyat Johor terbelenggu dengan hutang bank hingga ke hari ini.
Menyedihkan kerana ramai dari mereka telah pun meninggal dunia. Muhyiddin menjanjikan harga saham akan naik sampai RM5. Maka kempen membeli saham hingga ke ceruk kampung dilakukan beliau untuk menggalakkan orang kampung membeli saham termasuk berhutang di bank.
Apa terjadi kemudiannya? Harga saham jatuh hingga serendah 20 sen ke bawah. Setiap hari orang kampung dikejar bank.
Datuk Ghani Othman mencadangkan kepada Tun Mahathir Mohamad agar kerajaan pusat mengambil alih saham tersebut. Jawapan Mahathir ialah Dana Johor tidak ada aset.
Kalau MAS bolehlah kerajaan pusat beli sahamnya kerana sekurang kurangnya MAS ada aset seperti kapal terbang atau lapangan terbang.
Untuk makluman bangsa Johor, Mahathir lebih berminat menyelamatkan syarikat kroninya termasuk syarikat perkapalan anaknya Mirzan yang bankrap. Nasib orang kampung diabaikan.
Dasar penswastaan Muhyiddin hanya menguntungkan satu pihak. Contohnya penswastaan air.
Pengurusan air bersih diberikan kepada kroninya. Menakala penswastaan perkhidmatan seperti mengurus paip bocor dan pembayaran bil ditanggung oleh Syarikat Air Johor (SAJ). Bahkan perjanjian berat sebelah itu telah pun dibuat awal iaitu SAJ mesti membeli air bersih daripada syarikat kroni Muhyiddin untuk tempoh 90 tahun.
Kenapa penswastaan total tidak ditanggung oleh satu pihak sahaja?
Itu juga yang berlaku apabila tanah KEJORA seluas 40,000 ekar diserahkan kepada syarikat kroninya yang sama.
Persoalannya kenapa pentadbiran KEJORA tidak diswastakan dan diambil alih keseluruhannya oleh syarikat kroni tersebut?
Muhyiddin memang angkuh dan sombong kerana dia tidak suka mendengar penjelasan.
Tuanku Sultan dan Menteri Besar Johor sudah pun menjelaskan mengenai projek Forest City. Tetapi dalam warkahnya itu dia masih mempertikaikan projek reclaimation tersebut. Dia memang degil.
Sebab itu dalam kes 1MDB dia juga tidak mahu mendengar penjelasan. Akhirnya hingga ke hari ini dia berterusan memfitnah 1MDB kononnya berhutang RM52 bilion.
Hakikatnya rasionalisasi telah pun berjalan termasuk penjualan Edra dan Bandar Malaysia. Sudah tentu hutang 1MDB telah berkurangan.
Kesemua itu membuktikan, Muhyiddin memang seorang yang degil, tidak mahu mendengar penjelasan, angkuh dan sombong.
DATUK MOHD PUAD ZARKASHI adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Demikianlah Artikel Warkah balas Muhyiddin memang angkuh dan sombong’
Sekianlah artikel Warkah balas Muhyiddin memang angkuh dan sombong’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warkah balas Muhyiddin memang angkuh dan sombong’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/warkah-balas-muhyiddin-memang-angkuh.html