Zahid: Azmin maksudkan Anifah

Zahid: Azmin maksudkan Anifah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: Azmin maksudkan Anifah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Azmin maksudkan Anifah
link : Zahid: Azmin maksudkan Anifah

Baca juga


Zahid: Azmin maksudkan Anifah

MALAYSIAKINI


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan dakwaan ada menteri kanan meletak jawatan sebagai satu pembohongan oleh Menteri Besar Selangor.

"Saya ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang peletakan jawatan oleh mana-mana menteri kanan.

"Saya tahu Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) merujuk status laman sosial beliau (kepada) Datuk Seri Anifah Aman (iaitu) Menteri Luar, telah meletak jawatan," katanya di Kota Kinabalu hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Anifah ada bersama beliau di Kota Kinabalu malam tadi sebelum Menteri Luar itu berangkat ke Brussels, Belgium hari ini atas kapasitinya selaku menteri.

"Ertinya Menteri Besar (Selangor) itu cuba membohongi rakyat terhadap (melalui) berita yang tidak benar," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari RELA ke-45 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, menteri-menteri persekutuan dan negeri serta Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin.

Menurut Ahmad Zahid, malam tadi beliau dan Anifah bersama-sama menghadiri program Umno Sabah dan gambar beliau bersama Anifah kemudian ditularkan oleh Musa menerusi laman sosial Twitter.

Timbalan Perdana Menteri itu juga menjangkakan lebih banyak pembohongan akan dibuat seperti yang berlaku pada dua pilihan raya umum lalu.

Semalam, Mohamed Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan telah meletak jawatan.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor tersebut selain meminta Mohamed Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan.
- Bernama




Demikianlah Artikel Zahid: Azmin maksudkan Anifah

Sekianlah artikel Zahid: Azmin maksudkan Anifah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: Azmin maksudkan Anifah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/zahid-azmin-maksudkan-anifah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :