Benarkah persepsi Rafizi pembangkang tidak jujur?

Benarkah persepsi Rafizi pembangkang tidak jujur? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah persepsi Rafizi pembangkang tidak jujur?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah persepsi Rafizi pembangkang tidak jujur?
link : Benarkah persepsi Rafizi pembangkang tidak jujur?

Baca juga


Benarkah persepsi Rafizi pembangkang tidak jujur?

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
[ULASAN] Pembangkang perlu menukar pendekatannya daripada ‘meracun’ kepada ‘memujuk’ rakyat supaya menumbangkan pemerintahan Umno-BN kerana ternyata kempen mereka selama ini tidak berkesan, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
 
Katanya, usaha “menyelamatkan Malaysia” dengan sekadar menuding jari terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini adalah tidak memadai kerana andaian pembangkang terhadap kebijaksanaan rakyat umumnya adalah salah.
 
Rafizi Ramli berkata, sebaliknya pembangkang perlu mengimbau kembali dan menginsafi pendekatan dan kempen mereka selama ini sebenarnya berpotensi menjarakkan lagi hubungan mereka dengan rakyat. 
 
Katanya, faktor ini mungkin menyebabkan pengundi memberi reaksi yang negatif terhadap pendekatan politik pembangkang dan sebaliknya bertindak mengekalkan Umno-BN terus memegang tampuk pemerintahan negara.
 
"Kita kena 'cermin diri' sendiri. Selagi kita tak buat begitu, maka kita akan ada masalah mendapat undi terutamanya dari orang Melayu," katanya dalam sesi meja bulat Selamatkan Malaysia, baru-baru ini. 
Pendirian Rafizi ini kelihatan sebagai anjakan daripada strategi yang ditebarkannya sendiri bahawa tugas pembangkang ialah menggunakan segala kesempatan yang ada untuk membangkang dan menyerang dasar dan wibawa kerajaan.
 
Malah Rafizi sendiri mengaku tugas hakiki pembangkang ialah “menghasut” rakyat supaya membenci dan berasa tidak selesa terhadap setiap inisatif dan dasar kerajaan. 
 
Rafizi menegaskan pendekatan “menghasut” itu dalam sessi latihan melaksanakan strategi pakatan pembangkang yang mana videonya menular di internet.
 
Bernama melaporkan bahawa Rafizi mengakui bahawa pembangkang selama ini tersilap melayan persepsi bahawa orang Melayu khususnya di luar bandar tidak memahami isu dibawa pembangkang.
 
"Selama ini kempen dan cara kita menyampaikan maklumat seolah-olah pengundi Melayu di kampung tak boleh 'mengira'. Tetapi Melayu sebenarnya faham isu nasional.

"Masalah kita bukannya Melayu tak faham dengan kerosakan dilakukan Najib, tapi sebab mereka tak yakin kita boleh tadbir dengan lebih baik dan memastikan kerosakan sama tidak berlaku. Melainkan kita menukar cara mendekati mereka," katanya.
 
Sehubungan itu, katanya, pembangkang perlu memikirkan cara untuk dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu rakyat.
 
"Kenapa ada masalah kredibiliti itu? Sebab mereka (rakyat) merasakan sehingga sekarang kita masih belum dapat mengemukakan rangka penyelesaian yang bukan saja 'incredible' tapi jujur.
 
"Sebab itu kita kena cermin diri dan fikir bagaimana kita dapat dinilai sebagai satu gabungan politik yang jujur dan benar-benar mahu membantu dan bukan sekadar untuk menang ke Putrajaya," katanya.
 
Pembangkang kini menggunakan pendekatan membenci institusi kerajaan kerana kononnya diterajui oleh pemimpin-pemimpin politik yang korup bersandarkan kes-kes tertentu walaupun kebanyakkannya belum dimuktamadkan siasatannya.
 
Bagaimanapun dengan kesedaran baru ini, Rafizi sebagai leftenan kempen pembangkang yang menggunakan taktik berdebat dan mendedahkan pelbagai maklumat (yang belum teruji kesahihannya) perlu mengubah taktik kempen bermula dengan dirinya sendiri.
 
Rafizi perlu jujur dan jangan “mabuk” dengan kehebatan berdebatnya sendiri dan beliau patut bermula dengan membetulkan gelagat pemimpin-pemimpin dalam parti PKRnya sendiri.
 
Contohnya, projek Datum Jelatek yang dipertikaikan oleh penduduk setempat di Datuk Keramat yang dilulus dan disokong oleh kerajaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali. 
 
Kecurigaan penduduk setempat ialah projek mewah yang hanya mampu dibeli oleh golongan kaya itu menjadi idaman hartawan asing, terutama dari negara China itu akan mengganggu keseimbangan densiti penduduk di kawasan berkenaan. 

Soalnya, beranikah Rafizi mengingatkan Azmin bahawa sebelum menyerang projek Forest City di Johor, sebenarnya kerajaan Pakatan Rakyat/Harapan sendiri sudah “mempelawa warga asing” menguasai pemilikan hartanah di kawasan majoriti Melayu?
 
Alhamdulillah, Rafizi sudah akur bahawa taktik kempen politik mereka sudah tersasar dan orang Melayu tidaklah naif berhubung isu politik dan masa depan bangsa mereka. 
 
Namun tanpa kejujuran, Rafizi atau pembangkang akan terus menegakkan tembok kredibiliti bahawa pembangkang tidak boleh dipercayai dan besar kemungkinan tidak mahu menunjukkan prestasi lebih baik daripada kerajaan sedia ada.
 
Di samping itu, sanggupkah Rafizi berterus terang bahawa projek penambakan laut di Pulau yang digerakkan oleh kerajaan DAP yang juga kerabat pembangkang hanya akan merugikan rakyat, terutama orang Melayu di negeri itu?
  


Demikianlah Artikel Benarkah persepsi Rafizi pembangkang tidak jujur?

Sekianlah artikel Benarkah persepsi Rafizi pembangkang tidak jujur? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkah persepsi Rafizi pembangkang tidak jujur? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/benarkah-persepsi-rafizi-pembangkang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :