Judul : DAP lebih memalukan, kutip dana untuk pusat khidmat sendiri - MCA
link : DAP lebih memalukan, kutip dana untuk pusat khidmat sendiri - MCA
DAP lebih memalukan, kutip dana untuk pusat khidmat sendiri - MCA
Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: MCA bingkas membidas Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang menggesa parti itu mengisytiharkan aset kepada umum selepas didakwa gagal menyalurkan peruntukan kepada sekolah cina.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dengan nada sinis, menyindir Lip Eng dengan meminta partinya, DAP, agar turut mengisytiharkan jumlah bantuan yang diberi kepada sekolah berasaskan kaum itu.
"Jika anda mahu kami isytihar aset, itu memalukan kerana saya tak fikir sesen pun mereka beri (duit) kepada kaum Cina.
"Jadi tolong, jika anda mahu tahu (berapa aset), anda juga yang perlu isytihar berapa yang anda berikan," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui di lobi Parlimen sebentar tadi.
Wee juga berkata, DAP lebih 'memalukan' apabila menganjurkan kutipan dana menerusi 'kempen tin milo' namun ia bukan digunakan untuk membantu masyarakat Cina, sebaliknya ia untuk kegunaan pusat khidmat wakil rakyat mereka.
"Saya tak mahu layan orang gila ini. Kita tahu apa yang kita lakukan. Senang cerita, isytihar berapa banyak yang mereka kumpul untuk komuniti melalui kempen tin milo.
"Ada anda lihat pemimpin MCA dapatkan dana untuk pusat khidmat mereka? Tak masuk akal," katanya lagi.
Terdahulu, Lim Eng dalam sidang media pagi tadi menggesa MCA mengisytiharkan aset parti itu kepada umum, berikutan kegagalan memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina.
Menurut Lip Eng, tindakan ini akan membuktikan sama ada MCA adalah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib kaum Cina di dalam negara atau sebaliknya hanya menggunakan wang kerajaan persekutuan semata-mata.
Demikianlah Artikel DAP lebih memalukan, kutip dana untuk pusat khidmat sendiri - MCA
Sekianlah artikel DAP lebih memalukan, kutip dana untuk pusat khidmat sendiri - MCA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP lebih memalukan, kutip dana untuk pusat khidmat sendiri - MCA dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/dap-lebih-memalukan-kutip-dana-untuk.html