Judul : ‘Harga barang boleh turun kerana GST’ kini hanya tinggal kenangan
link : ‘Harga barang boleh turun kerana GST’ kini hanya tinggal kenangan
‘Harga barang boleh turun kerana GST’ kini hanya tinggal kenangan
Roketkini.comSHAH ALAM: Kenaikan kos sara hidup ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dapat dielakkan jika kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) serius membasmi budaya rasuah.
Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee berkata, ketirisan dana akibat daripada jenayah itu jika diperangi secara menyeluruh dapat mengembalikan semula pelbagai subsidi yang dinikmati rakyat sebelum ini.
“Pakatan Harapan dengan konsistennya telah membantah perlaksanaan GST. Kami berpandangan bahawa kekurangan hasil kerajaan untuk menampung perbelanjaan yang tinggi dapat diatasi sekiranya pentadbiran kerajaan lebih efektif dengan menghapuskan rasuah.
“Ia termasuk membasmi salah guna kuasa serta penyelewengan yang telah mengakibatkan negera kehilangan wang melebihi AS$48.93 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, menurut Eddie Ng yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor, janji menteri UMNO, Datuk Ahmad Maslan bahawa kononnya harga barangan akan turun kerana GST, terbukti kini sama sekali tidak benar.
Sebaliknya, kata Eddie Ng, cukai yang diperkenalkan pada April 2015 itu telah mengakibatkan kos barangan dan perkhidmatan melambung tinggi ditambah dengan penghapusan pelbagai subsidi barangan keperluan harian.
“Melalui GST, kerajaan berjaya mengutip RM27 bilion pada tahun 2015 dan RM39 bilion pada tahun 2016. Di manakah duit tersebut dibelanjakan?
“Bukankah kerajaan, melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan GST merupakan penyelamat kepada rakyat Malaysia? Ataupun ianya sebenarnya penyelamat kepada kerajaan Malaysia yang hampir muflis,” ujarnya.
Pakatan Harapan tidak perlu GST untuk senangkan rakyat
Ia berbeza dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor, yang menurut Eddie Ng tidak memerlukan ‘cukai zalim’ itu bagi menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat.
“Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor yang tidak menerima sebarang hasil daripada cukai GST telah membuktikan keupayaan kami mentadbir dengan lebih cekap dan berkesan.
“Tanpa bergantung pada GST, kerajaan Selangor telah berjaya berkongsi hasil negeri dengan rakyat malalui program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti air percuma, Tawas, SMUE, Tunas dan banyak lagi termasuk yang terkini, Skim Peduli Sihat yang dianggar menelan kos sebanyak RM125 juta setahun untuk program ini sahaja,” katanya.
Kejayaan Pakatan Harapan ini katanya, adalah hasil daripada mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil, telus serta bebas rasuah. – Roketkini.com
Demikianlah Artikel ‘Harga barang boleh turun kerana GST’ kini hanya tinggal kenangan
Sekianlah artikel ‘Harga barang boleh turun kerana GST’ kini hanya tinggal kenangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Harga barang boleh turun kerana GST’ kini hanya tinggal kenangan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/harga-barang-boleh-turun-kerana-gst.html